Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Taman permainan di KL jadi ‘rumah’ warga asing

Jan 09, 2024 | 01:55 PM



KUALA LUMPUR: Sekumpulan warga asing disifatkan melampau apabila bertindak menjadikan satu taman permainan kanak-kanak di Bandar Mahkota Cheras, Kuala Lumpur, sebagai tempat tinggal mereka.


Lebih tidak dapat diterima, pada waktu malam, warga asing dipercayai dari Myanmar itu turut meletakkan tilam untuk tidur di tengah-tengah kawasan padang taman permainan, malah turut dilengkapi meja makan dan dapur memasak.

Keadaan itu telah menimbulkan rasa tidak senang penduduk yang bimbang keselamatan keluarga mereka selain menjejaskan kebersihan di kawasan berkenaan yang sepatutnya menjadi lokasi penduduk beriadah.

Menerusi satu video yang tular di laman X baru-baru ini, kelihatan beberapa individu dipercayai warga asing dari Myanmar mengangkat tilam dan berkumpul di gazebo berhampiran kawasan taman permainan itu.

Berita Harian Malaysia pada 9 Januari melaporkan, dalam video berkenaan turut dilihat perakam video itu bersama penduduk membuat serbuan di pondok terbabit.


Menurut perakam, kawasan terbabit dijadikan seperti rumah dan dalam keadaan kotor selain turut mempunyai dapur, malah ia diibaratkan seperti kem pelarian.

“Kita bukan tak ada perikemanusiaan, tapi korang (kamu) tengoklah sendiri. Ini tempat permainan, tempat nak riadah, tapi dah jadi macam rumah mereka pula,” kata perakam menurut video itu.


Lebih membahayakan lagi adalah apabila terdapat botol pecah di kawasan terbabit dan boleh mengancam keselamatan penduduk lebih lagi kanak-kanak yang bermain di taman permainan itu.

Dalam video sama, kedengaran beberapa individu dipercayai penduduk meminta kumpulan berkenaan keluar dari kawasan terbabit pada keesokan harinya.

Warga asing terbabit turut memohon maaf ketika diserbu penduduk dan penduduk mengarahkan tempat itu dibersihkan sebelum beredar.

Menurut video yang dikongsi @mynewshub, perakam video terbabit turut menunjukkan warga asing berkenaan menyidai pakaian mereka pada bangku yang disediakan di taman permainan itu.

Apa yang berlaku mendapat kecaman pengguna laman sosial dan penduduk dilaporkan membuat laporan kepada pihak berkuasa, supaya perkara itu diambil perhatian dan tidak berulang pada masa depan.

Rata-rata komen di laman sosial memohon pihak berkuasa dan kerajaan mengambil tindakan tegas sebelum ia berleluasa, termasuk dengan memperketat undang-undang berkait warga asing, selain menghantar mereka pulang ke negara asal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >