Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kewujudan puluhan ribu ejen kerja sukarkan banteras pekerja asing tanpa izin

Dec 27, 2023 | 1:53 PM
DAKWA DITIPU: Seramai 171 warga Bangladesh ditahan Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja selepas mereka ditemui berjalan di sekitar Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor. Mereka mendakwa ditipu ejen pekerjaan. 
DAKWA DITIPU: Seramai 171 warga Bangladesh ditahan Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja selepas mereka ditemui berjalan di sekitar Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor. Mereka mendakwa ditipu ejen pekerjaan.  - Foto FACEBOOK MARKAS 3 DIVISYEN

KUALA LUMPUR: Puluhan ribu ejen pekerja asing dikesan wujud di Malaysia, sekali gus menyukarkan usaha kerajaan membanteras lambakan pekerja asing tanpa izin (Pati) yang kini mencecah hampir empat juta orang.

Difahamkan ada beberapa kategori ejen tidak sah. Ia termasuk yang menubuhkan syarikat tetapi tidak berdaftar bersama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan individu yang berkahwin dengan rakyat Malaysia dan menjadi ejen atau pekerja asing di negara itu serta merekrut warganegara mereka sendiri.

Mendedahkan perkara itu, presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Swasta Malaysia (Pikap), Cik Fiona Low, berkata Malaysia sedang bergelut dengan lambakan Pati dan perkara ini diburukkan lagi oleh kemunculan ejen yang tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Terdapat juga ejen dari negara pembekal yang memasuki Malaysia sebagai ejen tempatan untuk berhubung secara langsung dengan majikan di negara ini, kata beliau.

Tambah membimbangkan ialah rakyat tempatan dikesan menjadi dalang yang bukan bekerjasama untuk membawa masuk pekerja asing terbabit sahaja, bahkan menghasut mereka supaya melarikan diri.

“Tidak mustahil ejen yang tidak mempunyai lesen atau mereka yang bertindak secara individu juga ramai atau mencecah ribuan orang.

“Syarikat mereka ini bukan saja tidak berdaftar bersama JTK, tetapi ada yang berkahwin dengan rakyat kita dan menjadi ejen untuk membawa keluarga atau rakan ke sini.

“Ramai juga melakukan perbuatan ini secara individu,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia pada 26 Disember.

Baru-baru ini, 171 warga Bangladesh yang mendakwa ditipu ejen pekerjaan berjalan beramai-ramai di Pengerang, Kota Tinggi, Johor, hingga menimbulkan kegusaran awam, sebelum ditahan Rejimen Askar Melayu Diraja dan polis.

Video ratusan pekerja asing itu berjalan beramai-ramai tular di media sosial sejak 23 Disember dan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora, mengesahkan kejadian itu berlaku pada 20 Disember.

Menurutnya, mereka bukan Pati dan mereka berjalan ke Balai Polis Bayu Damai di Kota Tinggi untuk membuat laporan polis kerana mendakwa ditipu ejen pekerjaan.

Cik Low berkata kewujudan Pati berlaku disebabkan ada permintaan daripada majikan.

“Ia tidak akan terjadi jika hanya satu pihak menawarkan perkhidmatan mereka, sebaliknya berlaku proses jual dan beli antara ejen dan majikan.

“Jika semua majikan tidak berani mengambil pekerja tanpa dokumen, pekerja pun tidak berani lari atau masuk ke Malaysia,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg