Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kehadiran kelompok warga asing dari Bangladesh, Pakistan di Gelang Patah, jadikan penduduk kurang selesa

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kehadiran kelompok warga asing dari Bangladesh, Pakistan di Gelang Patah, jadikan penduduk kurang selesa

Dec 25, 2023 | 12:35 PM



ISKANDAR PUTERI: Koloni warga asing yang sebelum ini dikaitkan dengan Lembah Klang, telah ‘merebak’ ke Johor dengan antara tumpuan utama pendatang adalah daerah ini yang dulunya dikenali dengan nama Gelang Patah.

Dipercayai beroperasi dengan lesen perniagaan menggunakan nama penduduk tempatan atau ‘memajak’ lesen warga negara kita, antara perniagaan utama dikendalikan warga asing di sini ialah kedai runcit dan serbaguna, pakaian, restoran, telekomunikasi, perhiasan rumah dan permaidani, lapor Berita Harian Malaysia.

Perkhidmatan utama lain ialah menguruskan penghantaran pulang atau pindahan wang yang diperolehi mereka di Malaysia ke negara asal.

Tanpa rasa takut atau bimbang, poster dipasang pada premis masing-masing bagi mengiklankan perkhidmatan yang ditawarkan dalam bahasa ibunda, bukan menggunakan bahasa kebangsaan ‘negara’ angkat mereka.

Situasi itu menjadikan kawasan komersial warga asing di sini seolah-olah bukan Iskandar Puteri, tetapi lebih sebagai ‘Mini Dhaka’ atau ada penduduk menggelarnya ‘Mini Bangladesh’ dan ia memang merimaskan penduduk tempatan.

Bagi Hafiz Daud, 41, kewujudan deretan kedai warga asing itu, yang kemasukan mereka pada asalnya bagi mengisi permintaan sektor perindustrian, menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk tempatan.

“Kawasan di sini memang ada ramai warga asing kerana ia berhampiran beberapa kawasan perindustrian utama. Yang jadi masalah ialah apabila mereka gemar berkumpul beramai-ramai di kawasan kedai yang dikuasai warga senegara di Nusa Perintis.

“Mereka mewujudkan koloni sendiri, membuatkan penduduk di sini rasa tidak selesa kerana kumpulan warga asing juga sering berhimpun beramai-ramai di bahu jalan, buat bising dan tidak pandai jaga kebersihan.

“Penduduk pernah buat aduan, malah pernah juga pihak berkuasa lancarkan serbuan, namun isu ini tidak pernah diselesaikan. Timbul persoalan, dari mana warga asing ini dapat lesen berniaga dan mengapa mereka begitu kebal,” katanya.

Dalam isu keselamatan, beliau berkata, penduduk bimbangkan keselamatan anak dan takut berjalan ke kedai atau pasar malam berdekatan.

“Nak biarkan anak bermain di luar dan berjalan kaki ke kedai atau pasar malam pun rasa tak selamat lagi kerana jumlah mereka terlalu ramai,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Azizah Mohamad, 52, berkata perniagaan warga asing di situ dapat bertahan lama kerana ia disokong oleh komuniti mereka sendiri, yang kebanyakannya bekerja di kawasan perindustrian sekitar.

“Kalau orang luar datang sini, mesti mereka akan panggil kawasan ini ‘Mini Bangladesh’ kerana deretan kedai di sini semua diusahakan warga negara berkenaan. Penduduk tempatan memang tidak berbelanja di situ kerana kawasan deretan kedai kotor dan menjijikkan, tak pandai jaga kebersihan.

“Selain mencemar kawasan, mereka juga tak pandai menghormati dan bercampur gaul dengan masyarakat tempatan. Warga asing yang cuti bekerja, sering berkumpul hingga lewat malam dan gemar membuat bising,” katanya.

Mengulas rungutan penduduk dan isu koloni warga asing itu, Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir, memberi jaminan pihaknya akan meningkatkan operasi dan siri serbuan ke kawasan tumpuan warga asing dalam masa terdekat.

“Memang operasi mengesan pendatang asing tanpa izin (PATI) dibuat secara konsisten di Johor. Kita ambil maklum kegusaran orang ramai dengan koloni warga asing dan akan buat operasi bersepadu dalam masa terdekat.

“Kita sudah ada senarai lokasinya, namun bagi tujuan kerahsiaan, lokasi dan bila operasi tidak akan didedahkan bagi menggelakkan warga asing bolos dan melarikan diri,” katanya.

Pad 24 Disember,  BH melaporkan, sekurang-kurangnya 30 lokasi di sekitar Lembah Klang menjadi tumpuan warga asing dari pelbagai negara hingga membentuk koloni berikutan kepesatan pembangunan dan aktiviti perniagaan.

Kehadiran warga asing perlu bagi memenuhi keperluan pekerjaan yang terbuka luas, antaranya dalam sektor pembinaan, perkhidmatan dan pembersihan, namun jumlah yang terlalu ramai memberi impak kepada penduduk tempatan apabila mereka mula membina koloni dan mendominasi kawasan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >