Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tanah runtuh: Operasi SAR sembilan mangsa lagi masuk hari ke-4

Dec 19, 2022 | 03:38 PM



BATANG KALI (Selangor): Usaha mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari keempat hari ini menyaksikan pelbagai agensi – sama ada terlibat secara langsung atau pun tidak – bertungkus lumus dari siang hari membawa ke malam bagi memastikan operasi pencarian sembilan lagi mangsa yang dipercayai tertimbus dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. 



Antara agensi yang memainkan peranan, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang bertindak menyalurkan bekalan elektrik di tempat kejadian dan memastikan ia beroperasi dalam keadaan baik dan selamat. 



“Pihak TNB telah membekalkan 10 unit janakuasa mudah alih dan memasang lampu limpah mudah alih untuk menerangi laluan pasukan SAR dan sekitar kawasan kejadian,” menurut JBPM dalam kenyataannya yang dimuatnaik di laman Korporat JBPM hari ini. (19 Disember)



Selain itu, enam ekor anjing pengesan K9 tiba di lokasi SAR insiden tanah runtuh Batang Kali pada hari keempat bagi memulakan tugas.



Siasatan awal Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati, dua runtuhan cerun berlaku dalam  masa 20 hingga 30 minit di lokasi kejadian tanah runtuh yang meranapkan tiga tapak perkhemahan Father’s Organic Farm pada awal pagi Jumaat lalu.



JKR dalam kenyataannya, berkata dapatan itu diperoleh Pasukan Forensik dari Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR yang melaksanakan pemeriksaan awal di lokasi kejadian.



“Anggaran dimensi kegagalan cerun adalah 70 meter (m) (ketinggian), 120m (lebar) dan 330m (panjang) dengan anggaran isipadu tanah runtuhan 450,000 meter padu. Mod kegagalan adalah kombinasi retrogressive translational dan aliran puing.



“Berlaku dua kegagalan cerun di lokasi yang sama dengan sela masa 20 minit hingga 30 minit di antara keduanya.



“Kegagalan cerun yang pertama berkemungkinan besar berlaku di kawasan perkhemahan. Kegagalan itu mengakibatkan kawasan di kaki (toe) cerun jalanraya menjadi lemah, mengakibatkan berlakunya runtuhan susulan (kedua) yang lebih besar.



“Aliran air bawah tanah yang aktif dikesan di lokasi cerun runtuh terutamanya dalam kawasan tapak perkhemahan,” katanya yang dilaporkan Berita Harian Malaysia (BHM) semalam (18 Disember)



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >