Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tarif baru Trump: Siapa paling terjejas dan siapa dikecualikan

Apr 3, 2025 | 12:13 PM
Seorang penduduk Washington berusia 71 tahun yang memperkenalkan dirinya sebagai Daddy Warlocks memegang sepanduk sebagai tanda protes terhadap dasar tarif ekonomi yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, di luar Rumah Putih di Washington, DC, pada 2 April 2025.
Seorang penduduk Washington berusia 71 tahun yang memperkenalkan dirinya sebagai Daddy Warlocks memegang sepanduk sebagai tanda protes terhadap dasar tarif ekonomi yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, di luar Rumah Putih di Washington, DC, pada 2 April 2025. - Foto AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akhirnya mengumumkan langkah yang telah lama dinantikan: pelaksanaan tarif import baharu yang luas ke atas rakan dagang utama, yang beliau sifatkan sebagai “satu deklarasi kemerdekaan ekonomi.” Langkah ini dijangka akan memberi kesan besar terhadap perdagangan global dan menambah ketegangan antara Washington dan ekonomi utama dunia.

Tarif asas baharu sebanyak 10 peratus akan mula dikuatkuasakan pada 5 April, manakala tarif tambahan yang lebih tinggi ke atas negara-negara yang dianggap “paling menindas” oleh Rumah Putih akan bermula pada 9 April.

Cuba, Belarus, Korea Utara dan Russia tidak tertakluk kepada “tarif balas” baru yang diumumkan oleh Trump kerana negara-negara tersebut sudah pun dikenakan sekatan yang “menyukarkan sebarang perdagangan yang bermakna,” menurut kenyataan Rumah Putih.

“Bagi negara-negara yang memperlakukan kita dengan buruk, kita akan kira semula kadar tarif mereka ke atas kita termasuk segala sekatan bukan kewangan dan bentuk penipuan perdagangan lain,” tegas Encik Trump semasa sidang media di Washington. “Nombor ini hanyalah separuh daripada apa yang mereka kenakan ke atas kita selama ini.”

Antara negara yang paling terkesan ialah China, yang kini akan dikenakan tarif gabungan sebanyak 54 peratus, termasuk 20 peratus tambahan yang dikenakan awal tahun ini berikutan penglibatan negara itu dalam rantaian bekalan fentanyl haram. Kesatuan Eropah pula dikenakan tarif sebanyak 20 peratus, manakala India dikenakan 26 peratus, Korea Selatan 25 peratus, dan Jepun 24 peratus.

Namun begitu, Canada dan Mexico dikecualikan daripada tarif baru ini, menurut pegawai Rumah Putih. Walaupun begitu, import dari kedua-dua negara itu masih tertakluk kepada tarif sedia ada sebanyak 25 peratus, kecuali bagi produk tenaga dari Canada yang dikenakan kadar lebih rendah.

Barang dagangan di bawah Perjanjian Amerika-Mexico-Canada (USMCA) masih kekal dikecualikan.
Encik Trump juga menegaskan bahawa tarif baharu ini tidak akan bertindih dengan tarif khusus sektor seperti keluli dan aluminium, yang kini turut diperluaskan kepada produk lain termasuk tin bir dan tin aluminium kosong mulai 4 April ini.

Dalam tindakan yang mengejutkan lagi, Trump turut menamatkan pengecualian cukai untuk bungkusan kecil dari China bermula 2 Mei, yang bakal menjejaskan syarikat seperti Shein dan Temu.

Produk-produk kecil itu akan dikenakan cukai sama ada sebanyak 30 peratus daripada nilai, atau AS$25 setiap unit, dan akan meningkat kepada AS$50 setiap unit selepas 1 Jun.

Dalam pada itu, tarif 25 peratus ke atas kenderaan dan alat ganti import akan bermula pada 3 April ini, menambah tekanan kepada industri automotif global. Siasatan sedang dijalankan terhadap import tembaga, kayu balak, semikonduktor, ubat-ubatan dan mineral kritikal, yang mungkin dikenakan tarif pada masa akan datang.
“Kami sedang membina semula ekonomi kita dengan tangan kita sendiri. Ini bukan perang perdagangan — ini kebebasan ekonomi yang sebenar,” kata Encik Trump.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg