Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tarikh-tarikh utama selepas hari pilihan raya AS

Nov 6, 2024 | 11:12 AM
Rumah Putih  menjadi perhatian sekali lagi pada 20 Januari 2025  apabila Presiden baharu Amerika Syarikat akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat.
Rumah Putih  menjadi perhatian sekali lagi pada 20 Januari 2025 apabila Presiden baharu Amerika Syarikat akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat. - Foto AFP

Berikut adalah garis masa acara utama yang akan berlaku dari hari pengundian 5 November hingga Hari Angkat Sumpah pada Januari 2025.

5 November - 11 Disember: Pengesahan Keputusan Pilihan Raya oleh Negeri
Selepas pengundian selesai, setiap negeri perlu mengesahkan keputusan pilihan raya, yang dilakukan di peringkat daerah atau negeri. Proses ini berbeza mengikut negeri dan mesti diselesaikan sebelum 11 Disember.

26 November: Trump Dijangka Dihukum Dalam Kes Sogokan
Bekas Presiden Donald Trump dijangka dijatuhkan hukuman dalam kes sogokan di Manhattan. Encik Trump didapati bersalah kerana memalsukan dokumen untuk menutup pembayaran bagi ‘mendiamkan’ seorang bintang pornografi. Encik Trump menafikan sebarang kesalahan.

11 Disember: Negeri Menyerahkan Senarai Pengundi yang Disahkan
Setiap negeri perlu menyerahkan senarai pengundi presiden yang telah disahkan kepada Arkib Negara Amerika Syarikat sebelum 11 Disember. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kekacauan seperti yang berlaku selepas pilihan raya 2020.

17 Disember: Undian Kolej Elektoral
Pada 17 Disember, pengundi Kolej Elektoral akan bertemu di negeri masing-masing untuk secara rasmi merekodkan undian mereka bagi presiden dan naib presiden. Sijil undi mesti diterima oleh presiden Senat sebelum hari Rabu keempat bulan Disember, yang pada tahun 224 jatuh pada Hari Krismas (25 Disember).

3 Januari: Wakil Kongres dan Senator Mengangkat Sumpah
Wakil rakyat dan senator yang memenangi pilihan raya pada 5 November akan mengangkat sumpah. Sijil undi juga perlu dipindahkan ke Kongres pada tarikh ini.

6 Januari: Kongres Mengira Undi Kolej Elektoral
Satu sesi khas Kongres akan diadakan untuk mengira undi Kolej Elektoral. Calon yang memperoleh 270 undi atau lebih akan diumumkan sebagai presiden yang dipilih.

Tarikh 6 Januari ini juga dikenang kerana pada tahun 2021, penyokong Trump telah menyerbu bagunan Capitol pada hari yang sama untuk cuba menghentikan pengiraan undi. Kemenangan Joe Biden disahkan keesokan harinya.

20 Januari: Hari Angkat Sumpah
Calon yang memperoleh undi Kolej Elektoral terbanyak akan mengangkat sumpah sebagai presiden pada tengah hari (waktu Washington), menandakan permulaan tempoh empat tahun di Rumah Putih. Naib presiden yang baru juga akan mengangkat sumpah pada hari yang sama.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg