Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Taufan ragut sekurang-kurangnya 13 jiwa di Brazil, ribuan terpaksa pindah

Jun 19, 2023 | 05:17 PM



RIO DE JANEIRO: Ribut taufan meranapkan bahagian selatan Brazil, meragut nyawa sekurang-kurangnya 13 orang dan ribuan yang lain terpaksa meninggalkan kediaman mereka, kata pihak berkuasa di sini pada Ahad.


Sementara itu pihak berkuasa juga telah mengurangkan bilangan orang yang dilaporkan hilang dalam kejadian pada Khamis dan Jumaat apabila cuaca buruk melanda wilayah Rio Grande do Sul.

Hujan lebat dan angin kencang telah mengakibatkan kerosakan di puluhan bandar di wilayah itu, termasuk pusat bandar Porto Alegre, dalam bencana cuaca buruk di negara Amerika Selatan itu.

Angka kematian meningkat kepada 13 orang setelah dua lagi mayat ditemui di bandar Caraa, salah sebuah kawasan yang teruk dilanda taufan, kata agensi pertahanan awam wilayah itu.

Seorang bayi berusia empat bulan adalah antara mangsa yang ditemui, menurut media setempat yang menyiarkan foto sebuah kereta dipukul angin kencang ke arah kawasan perkuburan.

“Air banjir naik hingga ke paras pinggang dalam rumah kami. Mujur pihak bomba segera tiba dan membawa kami dengan sebuah bot. Kejadian ini seperti mimpi ngeri,” kata seorang wanita di bandar Sao Leopoldo kepada akhbar Estadao, yang tidak menyebutkan nama wanita itu.


Sementara beberapa orang yang lain dipindahkan menggunakan helikopter.

Sekitar 3,713 orang terkandas di rumah-rumah mereka yang rosak, dan 697 orang yang lain dipindahkan dari kawasan berisiko akibat taufan itu.

Gabenor Rio Grande do Sul, Encik Eduardo Leite, melawat kawasan-kawasan yang teruk terjejas dengan helikopter pada Sabtu, bersama beberapa kakitangan pemerintah dan pegawai penyelamat.

Di Caraa, Encik Leite melawat sebuah pusat masyarakat yang digunakan untuk menempatkan para penduduk yang mengalami kerosakan rumah akibat taufan itu.

“Keadaan di Caraa amat membimbangkan. Sebaik mungkin kami akan melakukan sesuatu untuk membantu mereka,” kata gabenor itu dalam satu kenyataannya.

Encik Leite berkata, pasukan bomba telah menyelamatkan sekitar 2,400 orang dalam masa dua hari.

“Matlamat kami sekarang adalah untuk melindungi dan menyelamatkan nyawa para penduduk, mencari mereka yang dilaporkan hilang dan membantu keluarga mereka,” kata beliau.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Brazil sering dilanda bencana cuaca buruk dan para pakar mengatakan ia semakin serius gara-gara perubahan iklim.

Sekurang-kurangnya 650 kematian dilaporkan pada Februari apabila hujan lebat mengakibatkan banjir dan tanah runtuh di timur laut wilayah Sao Paulo. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >