Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tebusan kanak-kanak Israel dijangka sukar pulih selepas dibebas

Nov 23, 2023 | 05:01 PM



BAITULMAKDIS: Berpuluh-puluh kanak-kanak Israel yang dijadikan tebusan oleh kumpulan militan Hamas di Gaza selama lebih enam minggu menghadapi kesukaran untuk dipulihkan apabila mereka pulang ke rumah di bawah perjanjian pertukaran tahanan, kata doktor dan pakar psikologi kanak-kanak.


Sekurang-kurangnya 50 tebusan, kebanyakannya kanak-kanak, dijangka dibebaskan di bawah perjanjian yang juga termasuk gencatan kemanusiaan empat hari dalam pertempuran di Gaza dan pembebasan sekitar 150 tahanan Palestin di Israel.

“Mereka mungkin akan menunjukkan tanda-tanda pascatrauma, yang bermaksud sesetengah daripada mereka akan menjadi sangat gelisah, sangat takut, sesetengah mungkin sangat marah,” kata Dr Daphna Dollberg, ahli psikologi klinikal dan perkembangan di Kolej Akademik Tel Aviv-Yaffo.

Hamas menawan sekitar 240 tebusan apabila mereka menyerang selatan Israel pada 7 Oktober. Lebih 1,200 orang terbunuh.

Menurut pihak berkuasa Israel, sekitar 40 daripada 240 tebusan adalah kanak-kanak, termasuk bayi dan kanak-kanak prasekolah berusia 10 bulan, yang sebahagian daripada mereka melihat saudara mereka dibunuh di hadapan mata sebelum ditawan.

“Ia tidak akan menjadi pemulihan sepenuhnya. Apa sahaja yang berlaku kepada mereka akan menjejaskan mereka atau sukar dilupakan,” kata Dr Dollberg.

Sejauh ini, empat tebusan telah dibebaskan manakala yang kelima diselamatkan oleh tentera Israel. Tebusan dikatakan dipisahkan kepada kumpulan kecil dan sebahagian daripada mereka ditahan dalam rangkaian terowong bawah tanah yang dibina oleh Hamas di Gaza.

Iospital utama dan kementerian kesihatan Israel, berkata mereka sedang bersiap sedia untuk menerima tebusan dan menawarkan rawatan pascatrauma ditahan selama berminggu-minggu dan sesetengahnya kehilangan ibu bapa.

“Kami mempunyai kemahiran dan pengetahuan dan ia akan menjadi sangat menyakitkan untuk mendengar cerita dan bertemu kanak-kanak terlibat,” kata Dr Dollberg sambil menambah bahawa pihaknya akan memberi mereka sokongan memulihkan mereka.

Saluran 12 Israel melaporkan pada Rabu bahawa seorang askar akan ditugaskan untuk mengiringi setiap kanak-kanak dan diberi arahan khusus tentang apa yang perlu diberitahu kepada mereka.

Pekerja sosial juga akan ditugaskan membimbing mereka selepas dibawa ke hospital di Israel kelak.

Profesor Hagai Levine, ketua pasukan perubatan Forum Keluarga Tebusan dan Orang Hilang, berkata: “Dalam kehidupan sebenar, ia adalah kompleks – mereka menghadapi masalah pascatrauma. Kami perlu menyokong dan bersabar untuk memulihkan mereka dalam jangka panjang.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >