Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA KE-15

Anwar ujar dapat sokongan parti lain bentuk kerajaan, akan beri butiran pada Agong

Nov 21, 2022 | 05:30 AM



TEKA-TEKI SIAPA AKAN BENTUK KERAJAAN



KUALA LUMPUR: Laluan bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 kini terbuka, selepas Pakatan Harapan memenangi 82 kerusi Parlimen - paling banyak dalam kalangan semua gabungan parti - pada di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).



Namun, beliau perlu terlebih dahulu menggembleng sokongan daripada parti lain untuk mendapatkan majoriti mudah 112 kerusi untuk menubuhkan kerajaan.



Bercakap dalam satu sidang media yang diadakan pada dini sema-lam, Datuk Anwar berkata beliau telah mempunyai sokongan daripada parti luar PH untuk menubuhkan kerajaan.



Namun, beliau enggan mendedahkan nama parti-parti tersebut dan berkata butiran itu hanya akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.



"Kami mempunyai 111, 112 kerusi yang diperlukan," katanya, sebelum menambah bahawa beliau dah PH sedia bekerjasama dengan sebarang parti yang ingin menubuhkan kerajaan bersih dan adil.



PH memenangi paling banyak kerusi Parlimen kelmarin, iaitu 82. Ini diikuti oleh Perikatan Nasional (PN), yang mendapat 73 kerusi.



Dua parti utama di Borneo, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah, masing-masing mendapat 22 dan enam kerusi.



Jika PN dan PH bergabung, entiti baru ini boleh menubuhkan kerajaan dengan majoriti besar, iaitu 155, iaitu lebih dua pertiga kerusi.



Bagaimanapun, kemungkinan PH dan PN bekerjasama dalam satu kerajaan adalah tipis, kerana perbezaan ideologi antara mereka, kata pemerhati politik.



Gabungan antara PH dan PN juga boleh menimbulkan cabaran baru - memilih perdana menteri antara Datuk Anwar dan Tan Sri Muhyiddin, pengerusi PN.



Namun, Encik Lim Kit Siang, tokoh politik veteran daripadad Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen PH, berkata kerajaan gabungan yang ditubuhkan PH dan PN bersama parti di Sabah dan Sarawak boleh memimpin Malaysia dalam era baru politik kerajaan gabungan.



"Saya cadang kerajaan gabungan PH, PN dan blok Borneo di bawah pimpinan Anwar sebagai perdana menteri, untuk membentuk sebuah gabungan bagi memulihkan kemerosotan Malaysia dan menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia dan untuk melawan rasuah," ujar Encik Lim dalam satu kenyataan. Beliau tidak bertanding dalam PRU15 selepas bersara dari politik awal tahun ini.



Seorang pemimpin kanan BN dan Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata BN bersedia menyokong pembentukan kerajaan stabil asalkan ia tidak melibatkan PH.



Dalam pada itu, GRS dan GPS mengumumkan mereka telah menubuhkan blok Borneo baru yang akan bekerjasama dengan gabungan parti utama untuk membentu kerajaan federal.



Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johori Tun Openg dan mereka bersetuju memberi sokongan kepada kerajaan federal untuk mendatangkan kestabilan kepada negara dan Sabah serta Sarawak.




DATUK SERI ANWAR IBRAHIM



Usia: 75 tahun
Jawatan parti: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH)




"Kami mempunyai 111, 112 kerusi yang diperlukan."
- Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum menambah bahawa beliau dah PH sedia bekerjasama dengan sebarang parti yang ingin menubuhkan kerajaan bersih dan adil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >