Tekanan ekonomi sejagat dorong Indonesia kaji potong gaji pegawai tinggi
Tekanan ekonomi sejagat dorong Indonesia kaji potong gaji pegawai tinggi
Langkah lain termasuk laksana kerja dari rumah, jimat guna bahan api serta tangguh projek
Mar 25, 2026 | 3:17 PM
Tekanan ekonomi sejagat dorong Indonesia kaji potong gaji pegawai tinggi
Presiden Prabowo Subianto (tengah), memberi isyarat ke arah menterinya pada 13 Mac 2026 sebelum mempengerusikan mesyuarat pleno Kabinet di Istana Negara, Jakarta, bagi membincangkan respons terhadap konflik yang sedang berlaku di Asia Barat. - Foto GALIH PRADIPTA
JAKARTA: Beberapa parti politik dalam gabungan pemerintah serta anggota Kabinet menyatakan sokongan terhadap cadangan mengurangkan gaji pegawai eksekutif dan legislatif sebagai sebahagian langkah berjimat bagi mengurangkan kesan ekonomi susulan konflik Amerika Syarikat dan Israel dengan Iran.
Cadangan itu dibangkitkan Presiden Prabowo Subianto dalam ucapan semasa sidang pleno Kabinet pada 13 Mac.
Laporan berkaitan
Indonesia sasar penjimatan 80 trilion rupiah lindungi ekonomi susulan perang Timur Tengah Mar 23, 2026 | 2:37 PM
Indonesia beralih kerja dari rumah, persekolahan hibrid bagi jimat tenagaMar 24, 2026 | 1:53 PM

