Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BENCANA ALAM

Tentera Amerika dikerah bantu Pakistan tangani bencana banjir

Hampir 1,200 orang terkorban akibat banjir sejak Jun. Lebih 33 juta orang telah terjejas akibat banjir.
Sep 03, 2022 | 10:16 PM



WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) sedang menjalankan satu misi bantuan ketenteraan di kawasan yang teruk dilanda banjir di Pakistan, menurut Pusat Pemerintahan Angkatan Tentera AS.



"CENTCOM sedang mengerahkan satu pasukan penilai ke Islamabad untuk menentukan potensi sokongan yang boleh dihulurkan DoD (Jabatan Pertahanan AS)... sebagai sebahagian daripada bantuan AS terhadap krisis banjir di Pakistan," kata jurucakap, Kolonel Joe Buccino, dalam satu kenyataan semalam (2 Sep).



Keputusan ini diambil susulan satu perbualan telefon kelmarin antara Ketua Turus Tentera Pakistan, Jeneral Qamar Javed Bajwa dengan Komander CENTCOM, Jeneral Erik Kurilla, kata jurucakap tentera AS itu.



AS adalah pembekal senjata utama kepada tentera Pakistan, tetapi hubungan antara kedua-dua negara sering goyah.



Tindakan tentera AS melakukan serangan bunuh ke atas suspek pengganasan Osama bin Laden di utara Pakistan - di mana pemimpin rangkaian pengganasan itu sedang berlindung berdekatan sebuah kompleks tentera - telah menimbulkan pergeseran mendalam antara Islamabad dan Washington.



Sejak pengunduran tentera Amerika dari Afghanistan setahun lalu, AS telah berusaha memperkukuh hubungan dua hala.



Hujan monsun telah menenggelamkan seperti Pakistan, meragut sekurang-kurangnya 1,190 nyawa sejak Nun lalu dan menyebabkan banjir besar yang menghanyutkan sebahagian besar hasil tanaman dan merosakkan serta memusnahkan lebih sejuta rumah.



Pihak berkuasa telah menyalahkan perubahan iklim, yang semakin meningkat kekerapan dan menyebabkan cuaca bertambah buruk. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >