Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tentera Israel akui silap dalam dua serangan maut di Gaza

Puluhan orang awam Palestin terkorban dalam serangan ke atas kawasan Al-Maghazi yang padat dengan penduduk cari perlindungan
Dec 29, 2023 | 05:06 PM



GAZA: Tentera Israel berkata pada 28 Disember bahawa ia telah menimbulkan “kemudaratan yang tidak diingini” sehingga menyebabkan kematian berpuluh-puluh orang awam.


Ini berikutan dua serangan minggu ini di kawasan kejiranan Jaluran Gaza yang padat penduduk.

Ia juga merupakan pengakuan yang jarang dibuat oleh pihak tentera Israel berhubung kesilapannya dalam cara ia mengendalikan perang, lapor The New York Times.


Tentera Israel berkata ia menyasarkan Hamas pada 24 Disember dengan melancarkan dua serangan ke atas Al- Maghazi di kawasan tengah Gaza, yang dibanjiri penduduk Palestin yang melarikan diri untuk mencari perlindungan.

“Siasatan awal mendedahkan bahawa bangunan tambahan yang terletak berhampiran sasaran turut dibedil semasa serangan tersebut, yang berkemungkinan menyebabkan kemudaratan yang tidak diingini ke atas orang awam yang tidak terlibat,” kata Angkatan Pertahanan Israel (IDF) dalam satu kenyataan.

“IDF menyesali kemudaratan ke atas individu tidak terlibat, dan sedang berusaha untuk mengambil pengajaran daripada kejadian itu,” kata kenyataan tersebut.

Israel sedang mengalami tekanan antarabangsa yang semakin meningkat yang mendesaknya supaya mengurangkan serangan udara dan darat ke atas Gaza berikutan angka korban yang telah mencapai lebih 21,000 orang.

Serangan Israel adalah sebagai tindak balas terhadap serangan Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober, yang membunuh lebih 1,400 orang dan menjadikan 240 orang ditawan sebagai tebusan.

Kebanyakan kritikan bukan mengenai tahap pengeboman sahaja, bahkan senjata yang digunakan, termasuk bom 2,000 paun, atau 907 kilogram, yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat.

Ramai pakar tentera berpandangan bom sedemikian tidak sesuai digunakan di kawasan yang padat penduduk.

Seorang pegawai tentera yang tidak mahu dikenali memberitahu penyiar awam Israel, Kan News, bahawa pilihan senjata yang tidak betul boleh dipersalahkan atas kerosakan meluas dan jumlah kematian orang awam yang tinggi.


Serangan ke atas Al-Maghazi bukanlah yang pertama menimbulkan persoalan tentang pengeboman Israel secara sembarangan, yang telah mengubah seluruh kawasan kejiranan di Gaza menjadi gunung runtuhan.

Kenyataan tentera mengenai Al-Maghazi itu timbul ketika petikan daripada draf keputusan Mahkamah Agung Israel mengenai undang-undang yang diluluskan oleh pentadbiran Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu dibocorkan.

Undang-undang itu bertujuan mengekang kuasa badan kehakiman Israel yang mengancam untuk memecahbelahkan pakatan yang dipimpin Encik Netanyau dengan beberapa penentangnya.

Stesen penyiaran Israel, Saluran 12, melaporkan pada 27 Disember bahawa dalam draf keputusan itu, pihak kehakiman menang dalam usahanya membatalkan pindaan undang-undang yang akan menghalang hakim membatalkan keputusan dan pelantikan pemerintah atas alasan tidak munasabah.


Seorang jurucakap mahkamah Israel berkata “lakaran keputusan itu belum lengkap”.

Mahkamah dijangka memutuskan isu itu pada pertengahan Januari, tarikh akhir untuk dua hakim yang akan bersara memfailkan keputusan mereka.

Dalam beberapa bulan sebelum perang, usaha Encik Netanyahu untuk mengurangkan kuasa badan kehakiman membawa negara itu ke ambang kelumpuhan politik.

Sekarang, prospek mahkamah mungkin membatalkan undang-undang yang mengehadkan kuasanya sendiri secara langsung telah membangkitkan semula krisis perlembagaan di Israel.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >