Tentera Israel berisiko ‘runtuh dari dalam’ akibat kekurangan anggota
Tentera Israel berisiko ‘runtuh dari dalam’ akibat kekurangan anggota
Mar 27, 2026 | 2:41 PM
Tentera Israel berisiko ‘runtuh dari dalam’ akibat kekurangan anggota
Tentera Israel dilihat berada di sekitar kenderaan ketenteraan di wilayah Galilee Atas, utara Israel berhampiran sempadan Lubnan pada 16 Mac 2026. Tentera Israel memaklumkan bahawa ia telah memulakan apa yang disifatkan sebagai “operasi darat terhad” terhadap Hezbollah di selatan Lebanon. - Foto AFP
TEL AVIV: Ketua Turus Angkatan Tentera Israel (IDF), Eyal Zamir, dilaporkan memberi amaran bahawa tentera negara itu berdepan risiko “runtuh dari dalam” susulan tekanan operasi yang semakin meningkat serta kekurangan anggota yang kritikal.
Dalam satu mesyuarat kabinet keselamatan minggu ini, Encik Zamir dikatakan membangkitkan kebimbangan serius terhadap keupayaan IDF untuk mengekalkan operasi semasa, apatah lagi menghadapi konflik pelbagai medan.
Laporan berkaitan
Israel lancar serangan serentak di Teheran dan BeirutMar 3, 2026 | 4:12 PM
Serangan udara Israel bunuh 9 penduduk GazaFeb 15, 2026 | 6:29 PM

