Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tentera Israel temui kompleks pemimpin elit Hamas di Gaza

Dec 21, 2023 | 12:03 PM
TEROWONG HAMAS DIBONGKAR: Selain terowong yang dikatakan Hamas gunakan untuk menyerang Israel pada 7 Oktober, tentera Israel juga telah menemui rangkaian terowong yang dihubungkan dengan pusat kuasa Hamas di Dataran Palestin.
TEROWONG HAMAS DIBONGKAR: Selain terowong yang dikatakan Hamas gunakan untuk menyerang Israel pada 7 Oktober, tentera Israel juga telah menemui rangkaian terowong yang dihubungkan dengan pusat kuasa Hamas di Dataran Palestin. - Foto AFP

GAZA: Tentera Israel berkata bahawa ia telah dapat “menguasai kawalan” ke atas Bandar Gaza, termasuk Dataran Palestin – pusat kuasa pemimpin elit Hamas beroperasi dan tinggal, kata Angkatan Tentera Israel (IDF) pada 20 Disember.

Mereka juga telah menemui rangkaian terowong besar dalam kompleks yang menghubungkan tempat persembunyian militan Hamas, biro dan pangsapuri kediaman milik kepimpinan kanan kumpulan itu.

Kompleks ini, di atas dan di bawah tanah, adalah pusat kuasa sayap ketenteraan dan politik Hamas, kata IDF.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, tentera Israel telah beroperasi di kawasan Rimal di Bandar Gaza – tempat terletaknya Dataran Palestin.

Menurut IDF, tentera Israel telah melakukan serangan ke atas Dataran Palestin dan mengambil alih kawalan operasi sepenuhnya ke atas kawasan itu.

Semasa pertempuran di sekitar kawasan itu, tentera Israel telah menghapuskan kira-kira 600 militan Hamas dalam kedua-dua operasi darat dan udara.

Dataran Palestin ialah pusat pemerintahan tentera Hamas dan dikelilingi oleh bangunan yang berfungsi sebagai pusat arahan dan kawalan serta pintu masuk ke struktur bawah tanah yang dihubungkan dengan Hospital Rantisi dan Hospital Al-Shifa.

Selepas menawan kawasan itu, operasi “pembersihan” yang dijalankan telah membongkar bandar bawah tanah yang merupakan sebahagian daripada sistem terowong Hamas dan termasuk laluan terowong strategik yang disambung ke infrastruktur bawah tanah penting lain di Jaluran Gaza.

Menurut IDF lagi, pintu terowong didapati menuju ke rangkaian terowong yang terletak dalam kediaman dan pejabat pegawai kanan dan membolehkan mereka turun secara rahsia melalui lif dan tangga.

Ini membolehkan militan Hamas melarikan diri dan kekal di tempat persembunyian untuk tempoh yang lama kerana makanan, bekalan air dan infrastruktur elektrik turut ditemui di dalamnya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg