Topic followed successfully
Go to BHkuTentera laut Indonesia siasat objek seperti torpedo ditemui di Selat Lombok
Tentera laut Indonesia siasat objek seperti torpedo ditemui di Selat Lombok
Apr 9, 2026 | 4:47 PM
Tentera laut Indonesia siasat objek seperti torpedo ditemui di Selat Lombok
Objek sepanjang 3.7 meter dan berdiameter 65 sentimeter itu ditemui oleh nelayan pada Isnin kira-kira 10 kilometer dari pulau pelancongan terkenal Gili Trawangan di Nusa Tenggara Barat, menurut Tentera Laut Indonesia. - Foto Tangkapan layar media sosial
JAKARTA: Tentera Laut Indonesia sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah objek menyerupai torpedo yang ditemui oleh seorang nelayan berhampiran Selat Lombok, laluan maritim penting yang menghubungkan Lautan Hindi dan Pasifik.
Objek sepanjang 3.7 meter dan berdiameter 65 sentimeter itu ditemui pada Isnin, 6 April kira-kira 10 kilometer dari pulau pelancongan Gili Trawangan di Nusa Tenggara Barat. Nelayan berusia 28 tahun yang menemui objek tersebut segera melaporkannya kepada pihak berkuasa sebelum ia diambil untuk pemeriksaan lanjut.
Laporan berkaitan
Pegawai kanan tentera Indonesia letak jawatan susulan serangan asid terhadap aktivisMar 26, 2026 | 3:46 PM
Seorang anggota pengaman Indonesia
maut dalam serangan di LebanonMar 30, 2026 | 1:56 PM

