Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tentera Pakistan bunuh 30 militan dekat sempadan Afghanistan

Feb 19, 2025 | 11:45 AM
Tentera Pakistan menjalankan operasi menghapuskan militan dari Waziristan Selatan berhampiran sempadan Afghanistan.
Tentera Pakistan menjalankan operasi menghapuskan militan dari Waziristan Selatan berhampiran sempadan Afghanistan. - Foto REUTERS

ISLAMABAD: Tentera Pakistan berkata pada 18 Februari bahawa ia telah membunuh 30 militan Islam di Waziristan Selatan berhampiran sempadan Afghanistan.

Mereka dibunuh semasa operasi membersihkan daerah puak militan yang beroperasi di kedua-dua negara.

Wilayah tanpa undang-undang itu, yang telah lama menjadi tempat selamat bagi militan Islam, tidak boleh dimasuki wartawan dan kumpulan hak asasi manusia, menjadikannya sukar untuk mengesahkan sebarang maklumat secara bebas.

Militan telah melancarkan perang terhadap negara Pakistan dalam usaha mengguling pemerintah dan menggantikannya dengan sistem tadbir urus Islam yang ketat.

Pihak tentera dalam kenyataannya tidak memberikan butiran lanjut mengenai militan dan kumpulan apa mana mereka mungkin tergolong.

“Operasi sedang dijalankan untuk menghapuskan mana-mana militan lain yang ditemui di kawasan tersebut

“Pasukan keselamatan Pakistan bertekad menghapuskan ancaman keganasan dari kawasan itu,” kata pihak tentera lagi.

Militan telah memperhebat serangan sejak mereka membatalkan gencatan senjata dengan pemerintah pada lewat 2022.

Tindakan mereka telah menyaksikan beberapa kejayaan besar dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Mereka menyasarkan serangan terhadap tentera dan pangkalannya.

Islamabad berkata militan mengendalikan kem latihan di Afghanistan dan merancang serangan di dalam Pakistan, tuduhan yang dinafikan Kabul.

Afghanistan juga tidak tidak mengambil tindakan terhadap militan yang setia kepada Tehreek-e-Taliban Pakistan, atau TTP, yang didakwa beroperasi dari bumi Afghanistan.

Namun, Kabul turut menafikan tuduhan tersebut.

Pakistan telah menyaksikan lonjakan dalam serangan pengganas dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Dengan sekurang-kurangnya 685 kematian dalam 444 serangan pengganas, 2024 menjadi salah satu tempoh paling mencabar bagi pasukan keselamatan Pakistan sejak dua dekad lalu.

Pada Julai 2023, ISIS mengaku bertanggungjawab atas pengeboman bunuh diri dalam perhimpunan politik di barat laut Pakistan sedang jumlah kematian akibat serangan itu meningkat kepada 45 orang.

Pengebom itu menyerang ketika berlangsungnya perhimpunan anjuran parti konservatif Jamiat Ulama Islam-Fazl (JUI-F), yang terkenal kerana kaitannya dengan Islam tegar tetapi mengecam militan yang berusaha mengguling pemerintah Pakistan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg