Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tentera Russia guna gas pemedih mata lerai bantahan di Kherson

Apr 29, 2022 | 05:30 AM



KHERSON (Ukraine): Tentera Russia telah menggunakan gas pemedih mata dan grenad kejutan bagi meleraikan perhimpunan pro-Ukraine di kota Kherson kelmarin, menurut Pendakwa Raya Agung Ukraine, sedang Moscow memperketat cengkamannya di rantau selatan itu.



Pihak berkuasa tempatan berkata Russia telah melantik datuk bandarnya sendiri untuk bandar Kherson pada Selasa lalu selepas tenteranya mengambil alih ibu pejabat pentadbiran di ibu kota serantau tersebut, yang merupakan pusat bandar besar pertama yang ditawan sejak perang meletus pada 24 Februari lalu.



Beberapa penduduk telah mengadakan perhimpunan anti penjajahan secara berkala dan orang ramai berhimpun sekali lagi di pusat bandar kelmarin, tarikh di mana Kyiv berkata Russia bercadang mengadakan pungutan suara bagi mewujudkan wilayah terpisah dari yang berada di timur Ukraine.



"Semasa satu perhimpunan aman pro-Ukraine di Medan Kebebasan di bandar Kherson, askar dan angkatan tentera Russia menggunakan gas pemedih mata dan grenad kejutan ke atas orang awam," kata pejabat Pendakwa Raya Agung Ukraine, dalam satu kenyataan.



Ia berkata ia sedang menyiasat kejadian itu, dan sekurang-kurangnya empat orang dilaporkan cedera.



Sementara itu, tentera Russia memusnahkan sejumlah besar bekalan senjata Barat di tenggara Ukraine dengan menggunakan peluru berpandu jarak jauh.



Perkara itu dimaklumkan Kementerian Pertahanan Russia, kelmarin.



"Di loji aluminium yang terletak di wilayah Zaporizhzhia, peluru berpandu Kalibr jarak jauh berketepatan tinggi dari laut memusnahkan tempat penyimpanan kapal terbang dengan sejumlah besar senjata asing dan peluru dibekalkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah untuk tentera Ukraine," kata kementerian dalam satu taklimat.



Ia bagaimanapun tidak menyatakan jenis senjata yang dimusnahkan.



Atas jemputan AS pada Selasa lalu, sejumlah 40 negara mengadakan sidang puncak keselamatan di Jerman bagi membincangkan bekalan senjata ke Ukraine, di mana Washington berjanji untuk menggerakkan "langit dan bumi" bagi membantu tentera Kyiv menewaskan Russia.



Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, merayu mendapatkan kuasa senjata api lebih berat bagi mengusir Russia yang sedang mara di Donbas.



Bagaimanapun, ahli sekutu bimbang terjerumus ke dalam konflik yang berlanjutan hingga ke konfrontasi antara Moscow dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato). - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >