Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tentera S’pura, AS selesai jalani latihan tahunan dua hala

Nov 12, 2025 | 6:15 PM
tentera, singapura, amerika syarikat, latihan lightning strike, mindef
Askar dari Singapura dan Amerika Syarikat menyertai Latihan Lightning Strike di Singapura yang berlangsung dari 4 November hingga 12 November. - Foto ST

Latihan tahunan dua hala, Latihan Lightning Strike, antara tentera Singapura dengan Amerika Syarikat, telah berlangsung di Singapura dari 4 hingga 12 November.

Latihan tersebut melibatkan sekitar 500 askar dari Briged Ketiga Infantri Singapura dan Batalion Kedua Rejimen Infantri Singapura, serta Batalion Pertama dan Rejimen Infantri ke-23 Tentera Amerika, kata Kementerian Pertahanan (Mindef).

Sebagai sebahagian daripada latihan itu, tentera merancang dan melaksana operasi gabungan bersenjata di bandar, yang mencapai kemuncak dengan simulasi serangan bandar peringkat batalion secara bersama, lapor The Straits Times (ST).

Askar-askar berlatih di pelbagai tempat, termasuk di Bandar Safti yang menyaksikan mereka menggunakan taktik pertempuran jarak dekat dan peralatan khusus operasi bandar, dengan sokongan dron.

Leftenan-Kolonel Kanan (SLTC) Abu Bakar Abdilah Alkatib berkata:

“Dengan berlatih di kemudahan seperti Bandar Safti, kami dapat meniru pemandangan, bunyi dan tekanan di medan perang yang realistik untuk mengasah tindak balas taktikal askar kami.”

SLTC Abu Bakar, yang juga Komander Briged Ketiga Infantri Singapura, berkata peralatan digital turut digunakan untuk menjejaki dan memahami prestasi askar, membantu mereka belajar dan meningkatkan diri secara bersama.

“Latihan Lightning Strike menunjukkan komitmen bersama kami untuk bekerja sebagai satu pasukan.

“Kejayaannya bukan sahaja tentang kemahiran yang diperoleh, ia juga tentang persahabatan dan dedikasi yang ditunjukkan setiap anggota tentera semasa menjalani latihan,” katanya.

Latihan tahunan dua hala yang pertama kali diadakan pada 1996 itu menyediakan platform untuk pertukaran taktik, teknik dan prosedur antara kedua-dua angkatan tentera.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg