Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SAF tamat latihan ‘Talisman Sabre’ di Australia

Jul 28, 2025 | 7:09 PM
saf, xts
Kakitangan Perubatan, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), yang menyertai ‘Latihan Talisman Sabre’ (XTS) menjalani latihan bersama pasukan lain, yang berlangsung dari 13 hingga 28 Julai di Australia. - Foto MINDEF

Singapura telah selesai menjalankan ‘Latihan Talisman Sabre’ (XTS), yang diadakan dari 13 hingga 28 Julai di Australia.

Angkatan Pertahanan Australia (ADF) dan Markas Indo-Pasifik Amerika Syarikat (Usindopacom) menjadi tuan rumah XTS, yang disertai Singapura buat julung-julung kalinya.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 28 Julai, Singapura menyertai 40,000 kakitangan dari 18 negara rakan dalam latihan bersepadu berskala besar itu.

Negara yang bekerjasama termasuk Thailand, Indonesia, Filipina, Britain dan Jepun.

Pasukan tentera Malaysia dan Vietnam hadir sebagai pemerhati, jelas Jabatan Pertahanan Australia.

Dalam pada itu, lebih 100 kakitangan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dikerah, selain dua Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (Himars); dua helikopter CH-47F Chinook; dan pasukan pakar daripada Pasukan Petugas Operasi Khas, Kumpulan Petugas Penerbangan, dan unit perubatan dan maklumat.

Pencapaian tersebut menggariskan komitmen SAF untuk meningkatkan keupayaan untuk saling kendali, kecekapan taktikal dan membina kerjasama pertahanan yang berkekalan di seluruh Asia-Pasifik melalui penglibatan pelbagai hala.

Berkongsi kepentingan dan nilai latihan tersebut kepada SAF, Panglima Divisyen Ke-6/Ibu Pejabat Kesan dan Serang, Brigedier Jeneral (BG) Anand Sathi Kumar, berkata:

“Kami menghargai peluang latihan pelbagai hala sedemikian yang membolehkan SAF meningkatkan keupayaan untuk saling kendali dan memperdalam persefahaman bersama dengan tentera rakan kerjasama.

“Latihan itu juga membolehkan angkatan tentera yang mengambil bahagian untuk belajar secara kolektif melalui latihan bersama.

“Peluang sedemikian akan mengasah lagi kecekapan taktikal SAF, menunjukkan profesionalisme askar kami dan menjalin persahabatan yang berkekalan dengan negara rakan kongsi.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg