Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tentera Ukraine kuasai semula Kherson

Kyiv arah askar Russia di kawasan itu supaya serah diri untuk elak kematian
Nov 13, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Agensi risikan pertahanan Ukraine berkata tenteranya telah memasuki bandar selatan Kherson dan memberitahu askar-askar Russia yang masih ada di kawasan itu agar menyerah diri.



Dalam kenyataannya kelmarin, agensi itu berkata Kherson kembali di bawah penguasaan Ukraine selepas dijajah sejak Mac lalu dan mengancam akan "memusnahkan" askar Russia yang menentang.



"Anda hanya ada satu peluang untuk elak kematian - serah diri dengan segera," menurut Direktorat Risikan Utama Kementerian Pertahanan Ukraine dalam satu kenyataan di aplikasi Telegram.



Kenyataan itu, pengesahan rasmi pertama bahawa tentera Ukraine berada di Kherson, menjamin keselamatan askar Russia yang menyerah diri.



Ia juga berkata askar Russia yang masih berada dalam bandar itu telah diarah oleh ketua mereka supaya menukar kepada pakaian biasa dan bersembunyi.



Kementerian Pertahanan Russia kelmarin berkata, lebih 30,000 anggotanya telah keluar dari tebing timur Sungai Dnipro di Kherson, lapor agensi berita Interfax.



Dalam pada itu, penduduk Kherson berkumpul di Dataran Maidan di sini sejak kelmarin bagi meraikan pembebasan bandar itu.



Pengunduran askar Russia dari hab bandar pertama yang ditawan oleh Russia itu mencetuskan kegembiraan luar biasa selepas hampir sembilan bulan peperangan berlanjutan.



"Bandar tempat saya dilahirkan dan menjalani kehidupan sehingga hari ini, akhirnya bebas.



"Apabila (Russia) tiba, ia amat mengerikan. Kami tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari berikutnya atau jika kami masih hidup," kata pelajar sekolah berusia 17 tahun, Nastia Stepenska.



Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, mengumumkan kelmarin bahawa Kherson kembali menjadi milik negara itu selepas Russia mengumumkan pengundurannya.



Ia satu-satunya bandar yang ditawan Moscow sejak pencerobohan bermula 24 Februari lalu.



Bandar itu adalah pintu masuk bagi tentera Ukraine ke seluruh wilayah Kherson, dengan akses ke Laut Hitam di barat dan Laut Azov di timur.



Pengumuman itu mencetuskan kegembiraan yang jarang berlaku di Kyiv, dengan persembahan muzik di jalanan, selain penduduk membunyikan hon kereta mereka.



Penduduk Kherson, yang meninggalkan Kyiv selepas askar Russia menawan bandar itu pada Mac, mula berkumpul sambil mengibarkan bendera di Dataran Maidan pada 7 malam kelmarin.



"Saya pada mulanya tidak percaya. Saya fikir ia akan mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk masuk ke Kherson yang jaraknya cuma beberapa ratus meter. Ia adalah kejutan terbaik yang pernah berlaku.



"Saya memberitahu anak-anak saya kami telah dibebaskan dan kami semua mula menangis," kata seorang penduduk, Encik Artem Lukiv, 41 tahun, sambil memeluk dua anaknya sambil memegang bendera Ukraine.



Pengunduran askar itu dijangka memberi tekanan kepada kawalan Russia ke atas seluruh wilayah Kherson, yang membentuk jambatan darat dari Russia ke Crimea, semenanjung yang dirampas Moscow pada 2014. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >