Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Tentera Ukraine masih tangkis serangan Russia di bandar Bakhmut'

Jan 10, 2023 | 05:30 AM



KYIV: Tentera Ukraine terus menangkis serangan berterusan Russia ke atas bandar Bakhmut di wilayah timur Donbas dan mengekalkan kedudukan mereka di kawasan berhampiran Soledar dalam keadaan yang sangat sukar, kata Presiden Volodymyr Zelensky kelmarin, ketika Kyiv menyifatkan dakwaan Russia sebagai "karut" - bahawa tentera Kremlin membunuh 600 askar Ukraine dalam satu serangan semalaman.



"Bakhmut bertahan walaupun diasak hebat. Walaupun sebahagian besar bandar itu telah dimusnahkan oleh serangan Russia, askar kami menangkis percubaan berterusan Russia untuk mara," katanya dalam ucapan video.



"Soledar terus bertahan, walaupun terdapat kemusnahan yang lebih besar dan keadaannya sangat sukar."



Encik Zelensky mengecam tindakan Russia atas kegagalannya mematuhi gencatan senjata yang telah diisytiharkan Kremlin sempena Krismas Ortodoks dengan melancarkan serangan ke atas bandar-bandar Ukraine.



"Russia membedil Kherson dengan peluru peledak sejurus selepas Krismas," katanya, merujuk kepada sebuah bandar di selatan yang telah ditinggalkan tentera Russia pada November lalu.



"Serangan ke atas Kramatorsk dan bandar-bandar lain di Donbas - ke atas sasaran awam dan pada masa yang sama ketika Moscow melaporkan kononnya 'sepi' untuk tenteranya."



Kementerian Pertahanan Russia berkata kelmarin, serangan peluru berpandu ke atas Kramatorsk, di barat laut Bakhmut, telah membunuh 600 askar Ukraine, tetapi seorang wartawan agensi berita Reuters di tempat kejadian tidak menemui tanda-tanda kematian yang jelas.



Russia menyifatkan serangan itu sebagai "serangan balas" berikutan serangan peluru berpandu pada malam tahun baru dilakukan Ukraine di bandar Makiivka, timur Ukraine, yang menurut Moscow, membunuh 89 askarnya.



Angkatan bersenjata Ukraine menolak dakwaan Russia mengenai serangan di Kramatorsk.



"Ini karut," kata jurucakap angkatan tentera Ukraine bagi kumpulan timur, Encik Sergiy Cherevaty.



"Maklumat ini adalah benar seperti data yang (menunjukkan) mereka telah memusnahkan semua (pelancar peluru berpandu) HIMARS kami," katanya.



Dalam serangan ke atas Makiivka, Ukraine telah menggunakan peluru berpandu HIMARS yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat (AS). - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >