Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Terselamat dari serangan maut di Thai kerana tidur dalam selimut

Oct 10, 2022 | 05:30 AM



BANGKOK: Satu-satunya kanak-kanak yang terselamat dalam insiden serangan di sebuah taska di timur laut Thailand pada Khamis lalu dilaporkan sedang tidur nyenyak di satu sudut bilik sehingga terlepas daripada perhatian seorang lelaki bersenjata yang menembak serta menikam 24 kanak-kanak lain dan dua guru mereka.



Ammy, tiga tahun, memang suka membalut dirinya dalam selimut untuk tidur mungkin.



"Ini telah menyelamatkan nyawanya," kata ibunya, Cik Panomphat Srithong, 35 tahun, yang sedang bekerja di sebuah firma elektronik di Bangkok sejauh 500km ketika serangan itu berlaku.



"Ada orang memberitahu saya bahawa semua kanak-kanak telah meninggal dunia," katanya kelmarin dengan Ammy, duduk dalam pangkuannya.



"Tetapi kemudian saya melihat video ada orang mengambil Ammy. Ia adalah satu keajaiban, dia tidak mati," tambahknya.



Ibu dan anak perempuannya itu telah datang ke kuil Wat Si Uthai untuk menyertai upacara pengebumian rakan sekelas Ammy yang telah meninggal dunia dalam kejadian tersebut.



Ammy, yang nama penuhnya Pavenuch Sukonwong, telah masuk ke pusat itu selama kira-kira setahun, dan merupakan satu-satunya kanak-kanak yang dapat diselamatkan tanpa kecederaan dalam serangan itu.



Seorang lagi kanak-kanak terselamat tetapi mengalami cedera parah dan kini dalam rawatan rapi.



Menurut BBC, Ammy ditemui terjaga, meringkuk di sebelah mayat rakan sekelasnya dan telah diangkut seorang anggota polis ke bilik yang selamat.



Menurut Cik Panomphat, Ammy mempunyai sedikit pemahaman tentang apa yang berlaku.



Seramai 24 orang kanak-kanak meninggal dunia dalam kejadian amuk di sebuah taska di wilayah Nong Bua Lamphu, Thailand.



Insiden tragis pada 6 Oktober lalu itu menyebabkan 36 orang maut, 12 daripadanya adalah orang dewasa. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >