Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tesla lancar Cybertruck, trak elektrik pertamanya

Jul 16, 2023 | 1:30 PM
TRAK ELEKTRIK: Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, memperkenalkan Tesla Cybertruck, yang dikuasai bateri elektrik, di California pada November 2019. Pada 15 Julai 2023, Tesla mengumumkan Cybertruck pertama telah dihasilkan di kilangnya di Texas.
TRAK ELEKTRIK: Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, memperkenalkan Tesla Cybertruck, yang dikuasai bateri elektrik, di California pada November 2019. Pada 15 Julai 2023, Tesla mengumumkan Cybertruck pertama telah dihasilkan di kilangnya di Texas. - Foto AFP

NEW YORK: Pembuat kereta Amerika Syarikat Tesla pada Sabtu mengumumkan pikap elektrik pertamanya - Cybertruck berwarna perak - telah dihasilkan dan dikeluarkan dari kilang besarnya berhampiran Austin, Texas.

“Cybertruck pertama dibina di Giga Texas!” menurut tweet daripada syarikat itu, disertai gambar kenderaan futuristik tersebut di tengah-tengah lautan pekerja Tesla yang bertopi keledar dan mengenakan vest kuning.

Elon Musk, yang memiliki kedua-dua Tesla dan Twitter, menyiarkan semula tweet itu dengan komen: “Tahniah Pasukan Tesla.”

Tesla tidak segera menjawab permintaan AFP untuk mendapatkan komen pada hari Sabtu.

Syarikat itu telah berkata pada April bahawa ia akan melancarkan Cybertrucks pertama sebelum akhir 2023.

Pelan untuk kenderaan itu, dengan reka bentuknya yang luar biasa, kali pertama diumumkan pada November 2019.

Pelancaran awalnya terjejas apabila Musk menggesa seorang pekerja Tesla untuk memukul salah satu tingkap prototaip kenderaan itu dengan seketul keluli untuk menunjukkan kekukuhannya.

Tingkap itu pecah. Begitu juga tingkap kedua pada percubaan berikutnya.

Namun dalam masa dua hari, Tesla berkata ia telah menerima hampir 150,000 pesanan awal.

Pada Mei, Musk berkata syarikat itu berharap untuk membina 250,000 trak setahun - jumlah yang katanya boleh digandakan, memandangkan harga yang agak mampu milik.

Tesla akan membuat tiga model Cybertruck, sebuah kenderaan yang boleh memecut dari kelajuan sifar hingga 100 kilometer sejam dalam masa kurang daripada tiga saat.

Model asas akan berharga AS$39,900 ($52,000) dan menawarkan jarak 400km antara caj; trak paling mahal akan menawarkan jarak 800km antara caj dan dijual pada harga $69,900. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg