Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Thaksin akan ditahan jika pulang ke Thailand: Sumber

Aug 21, 2023 | 11:56 AM



BANGKOK: Pihak polis dan Jabatan Penjara akan menahan bekas perdana menteri, Encik Thaksin Shinawatra, 74 tahun, sebaik saja beliau tiba di lapangan terbang persendirian Don Mueang pada hari Selasa, menurut sumber.


Anak bongsu Encik Thaksin, Cik Paetongtarn Shinawatra, mengumumkan dalam pos Instagramnya pada Sabtu bahawa beliau akan menemui bapanya di lapangan terbang pada jam 9 pagi pada Selasa.

Sumber-sumber melaporkan bahawa pihak polis dan Jabatan Penjara juga telah merangka satu rancangan alternatif sekiranya Encik Thaksin tiba selepas waktu mahkamah.

Jika beliau tiba dalam waktu mahkamah, beliau akan dihantar ke bahagian jenayah Mahkamah Agung untuk pemegang jawatan politik sebelum pegawai-pegawai penjara membawanya ke Penjara Reman Bangkok.

Jika beliau tiba selepas waktu mahkamah, beliau akan dibawa ke Kelab Polis, di mana beliau akan ditahan selama satu malam sebelum dibawa ke Mahkamah Agung pada pagi Rabu.

Sumber juga mengatakan bahawa setelah Encik Thaksin tiba, beliau akan ditangkap oleh polis imigresen dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Don Mueang untuk merekodkan penangkapannya.

Beliau kemudiannya akan dibawa ke bahagian jenayah Mahkamah Agung.

Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Encik Aryut Sinthoppan berkata Encik Thaksin akan diberi pemantauan keselamatan tambahan dan kemudahan mencukupi semasa ditahan di Penjara Reman Bangkok kerana beliau lebih berisiko berbanding banduan lain.

“Bagaimanapun, Thaksin perlu disediakan kemudahan yang sesuai, tetapi tidak sampai ke tahap yang boleh dilihat sebagai hak istimewa,” katanya. 

Encik Thaksin katanya akan dicatatkan sebagai banduan setelah beliau diserahkan kepada Penjara Reman Bangkok.

Beliau kemudiannya akan ditempatkan di bawah kuarantin selama 10 hari selepas rekodnya diambil.

Oleh kerana Encik Thaksin sudah berusia, para doktor penjara akan menentukan sama ada beliau perlu mendapat penjagaan perubatan yang rapi. Jika beliau dikesan mempunyai penyakit kronik, doktor akan memutuskan sama ada beliau harus ditahan di hospital penjara.

Setelah berada di dalam penjara, pegawai jururawat akan mempertimbangkan untuk membenarkan beliau dilawati oleh ahli keluarga terdekat semasa tempoh awal penahanannya.

Namun, lawatan hanya akan dibenarkan setelah pegawai menentukan bahawa tidak ada penyakit berjangkit di dalam penjara.

Encik Thaksin dijangka pulang ke Thailand pada Selasa, pada masa yang sama sidang Parlimen dijadual mengadakan undian melantik perdana menteri baharu bagi menamatkan kebuntuan politik.

Cik Paetongtarn yang juga seorang daripada tiga calon perdana menteri Parti Pheu Thai berkata, kepulangan bekas perdana menteri, Thailand itu tidak bermotifkan politik tetapi hanyalah untuk menjaga cucunya selepas meninggalkan negara itu selama lebih 15 tahun.

“Ayah akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang dengan menaiki jet peribadi pada 9 pagi (waktu tempatan) dan keluarga menantikan dan menyambut kepulangannya. Mungkin beliau perlu terus pergi ke mahkamah,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Thaksin telah memohon pengampunan diraja, Cik Paetongtarn berkata “belum lagi.”

Encik Thaksin, yang berkhidmat sebagai perdana menteri dari 2001 hingga 2006, hidup dalam buangan sejak 2008 dan menghabiskan sebahagian besar masanya di Dubai selepas kerajaannya digulingkan dalam rampasan kuasa tentera yang diketuai oleh Jeneral Sonthi Boonyaratglin.

Encik Thaksin melarikan diri dari Thailand pada Ogos 2008 untuk mengelak daripada berdepan hukuman penjara kerana beberapa kes jenayah.

Beliau mungkin masih akan dipenjarakan selama lebih dari satu dekad jika beliau kembali ke Thailand.

Timbalan Perdana Menteri sementara dan Menteri Kehakiman, Encik Wissanu Krea-ngam, berkata Encik Thaksin akan dilayan seperti banduan lain apabila mendarat di tanah air.

Terdahulu Encik Wissanu menjelaskan Encik Thaksin berkemungkinan akan berdepan tiga senario undang-undang yang berbeza.

Senario itu ialah menjalani hukuman di mana mahkamah mendapati beliau bersalah, menunggu keputusan kes yang masih berjalan, dan keputusan mahkamah mendapati beliau tidak bersalah. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >