Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

‘Thaksin alami keletihan, tekanan dalam penjara’

Aug 30, 2023 | 02:29 PM



BANGKOK: Mantan Perdana Menteri Thailand yang dipenjarakan Encik Thaksin Shinawatra mengalami keletihan dan tekanan sejak minggu lalu, kata anak perempuannya Cik Paetongtarn Shinawatra.


Sedang kritikan semakin lantang bahawa Encik Thaksin diberi layanan istimewa selepas dipindahkan ke hospital beberapa jam pada malam pertamanya di penjara, Cik Paetongtarn memberitahu media bahawa keadaan bapanya itu adalah akibat jangkitan Covid-19 pada 2020.

Tambahnya, Encik Thaksin dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selama sembilan hari dan dirawat di hospital selama sebulan pada 2020.

“Saya lebih mengambil berat tentang jantungnya... Doktor memantau segala-galanya, daripada sejarah perubatannya kepada rawatan dan pembedahannya.

“Dia (Thaksin) akan kekal di Hospital Besar Polis buat masa ini. Tiada rancangan untuk memindahkannya ke hospital swasta kerana pasukan perubatan di Hospital Besar Polis adalah baik,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat parti Pheu Thai pada Selasa, sehari selepas melawat ayahnya di hospital.

Cik Paetongtarn menambah bahawa apabila beliau bertemu bapanya pada Isnin, semangat Thaksin kekal kental dan beliau gembira bertemu dengannya.

Encik Thaksin yang berusia 74 tahun kembali ke Thailand pada Selasa selepas 15 tahun hidup dalam buangan. Pada hari yang sama Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun ke atas mantan perdana menteri itu.

Beliau dimasukkan ke Hospital Besar Polis kerana masalah kesihatan beberapa jam selepas malam pertamanya meringkuk di Penjara Reman Bangkok. Encik Thaksin mengadu sakit dada, darah tinggi, tahap oksigen darah rendah dan insomnia ketika ditahan di wad perubatan penjara.

Ketika ditanya berapa lama Encik Thaksin akan berada di Hospital Besar Polis, Cik Paetongtarn berkata bahawa beliau telah bertanya kepada doktor tetapi tidak mendapat jawapan.

“Ada banyak faktor. Jika berlaku kecemasan bapa saya yang sudah tua boleh segera mendapatkan rawatan,” katanya.

Sementara itu, Cik Paetongarn berkata Encik Thaksin akan memutuskan sama ada untuk mendapatkan pengampunan diraja.

“Terpulang kepadanya untuk memutuskan bila dan bagaimana untuk meneruskan... Proses menulis draf permohonan pengampunan akan mengambil masa,” katanya.

Media tempatan melaporkan bahawa kumpulan anti-Thaksin telah membuat aduan menentang percubaan Thaksin untuk mendapatkan pengampunan diraja kepada Jabatan Penjara dengan alasan bahawa kes rasuah tidak sepatutnya mendapat pengampunan kerana ia telah merosakkan tadbir urus dan reputasi negara. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >