Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Thaksin pulang ke Thailand; dipenjara 8 tahun

Aug 22, 2023 | 02:44 PM



BANGKOK: Mantan Perdana Menteri Thailand, Encik Thaksin Shinawatra, dikenakan hukuman penjara lapan tahun pada Selasa apabila beliau kembali ke tanah air selepas 15 tahun hidup dalam buangan dan hanya beberapa jam sebelum Parlimen mengundi untuk meletakkan calon partinya sebagai perdana menteri baru.


Jutawan itu mendarat dengan jet peribadi di lapangan terbang Don Mueang di Bangkok pada jam 9 pagi, disambut ratusan penyokong ‘Baju Merah’ yang bersorak sambil melambaikan sepanduk dan menyanyikan lagu.

Encik Thaksin muncul sebentar di bangunan terminal lapangan terbang sambil tunduk dan menawarkan kalungan bunga pada potret Raja Maha Vajiralongkorn sebagai tanda penghormatan sebelum melambai kepada para penyokong.

Lebih banyak penyokong ‘Baju Merah’ memenuhi jalan ketika bekas pemilik kelab bola sepak Manchester City itu dibawa ke Mahkamah Agung.

Di sana, beliau diperintahkan menjalani lapan tahun penjara dan tiga sabitan – hukuman yang diluluskan semasa ketiadaannya – berkaitan dengan kesalahan melibatkan bekas syarikat miliknya, Shin Corp, satu lagi dikaitkan dengan pinjaman bank dan kes loteri.

Beliau melarikan diri ke luar negara pada 2008 untuk mengelak hukuman penjara kerana salah guna kuasa, dua tahun selepas tentera menggulingkannya dengan dakwaan rasuah dan tidak setia kepada raja, yang beliau nafikan sekeras-kerasnya.

Kepulangannya serentak dengan sidang Parlimen yang dijangka melantik hartawan perniagaan, Encik Srettha Thavisin, sebagai perdana menteri.

Beliau memimpin gabungan parti yang diketuai oleh parti Pheu Thai – penjelmaan terbaru gerakan politik Encik Thaksin.

Terdahulu, video Facebook yang disiarkan oleh adiknya Cik Yingluck – yang seperti Encik Thaksin digulingkan daripada kuasa oleh jeneral Thailand – menunjukkan pemimpin berusia 74 tahun itu berjabat tangan dengan kru pesawat ketika beliau menaiki jetnya di Singapura.

“Hari yang anda tunggu akhirnya tiba,” tulis Cik Yingluck.

Hari yang bermula dengan Encik Thaksin menaiki jet peribadi tampak berakhir di dalam jeriji penjara – satu lagi perubahan dramatik dalam kehidupannya yang merangkumi dua kemenangan dalam pilihan raya, kekalahan dalam rampasan kuasa, tuduhan jenayah dan pengasingan selama bertahun-tahun.

Encik Thaksin berkata bahawa beliau bersedia menghadapi keadilan untuk kembali ke tanah airnya dan melihat cucu-cucunya meskipun selama ini beliau mendakwa kesemua pertuduhan jenayah terhadapnya bermotifkan politik.


“Saya ingin meminta kebenaran untuk kembali tinggal di tanah air dan berkongsi udara dengan saudara-saudara saya di Thailand,” tulisnya di X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter, pada Isnin.


Encik Thaksin telah disabitkan kesalahan dalam empat kes jenayah semasa ketiadaannya. Hukuman penjara terhadapnya berjumlah 10 tahun.


Rakan-rakannya berharap beliau boleh dipindahkan ke tahanan rumah selepas dipenjarakan sebentar.


Encik Thaksin disukai golongan miskin luar bandar kerana dasar termasuk penjagaan kesihatan yang murah dan gaji minimum. Namun beliau dicaci oleh golongan elit protentera dan diraja yang melihat pemerintahannya sebagai korup, kuku besi dan mengancam ketenteraman sosial Thailand. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >