Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tiada pemenang jelas dalam bahas calon naib presiden AS

Oct 05, 2016 | 12:41 PM



CHARLOTTE (NORTH CAROLINA): Calon naib presiden Amerika Syarikat, Encik Mike Pence dan Encik Tim Kaine, bersemuka dalam satu perbahasan menjengkelkan pada Selasa (4 Okt) malam, yang tidak menghasilkan sembarang pemenang jelas.



Seperti yang ramai jangka, bahas televisyen tunggal antara dua ahli politik berpengalaman dan bersikap lembut itu memberi tumpuan lebih pada rekod lebih besar rakan gandingan mereka daripada diri mereka sendiri - Encik Kaine dan Encik Pence saling beri tumpuan pada kekurangan calon presiden, Encik Donald Trump dan Cik Hillary Clinton.



Encik Pence, gabenor Indiana, yang diberi tugas menyelamatkan keadaan selepas kerosakan dek prestasi lemah Encik Trump minggu lalu, bermula dengan lebih kukuh, dengan menangkis banyak serangan yang Encik Trump gagal tangkis.



Beliau menyerang Cik Clinton kerana asas dan skandal e-mel beliau serta cara beliau mengendalikan serangan Benghazi di Libya dan menyifatkan separuh penyokong Encik Trump sebagai golongan "menyedihkan".



Bekas hos pertunjukan sembang radio itu memanfaatkan pengalaman medianya dengan baik dan jelas lebih tenang dan selesa pada awal perbahasan tersebut.



Tetapi sedang Encik Pence boleh dikatakan menang stail, Encik Kaine mengenakan lebih banyak serangan berisi - terutamanya dalam usahanya memaksa lawannya membela Encik Trump.



Beliau menggunakan setiap peluang untuk mengetengah kegagalan Encik Trump menyiarkan penyata cukainya, menghina orang Mexico dan kaum minoriti serta urusan mencurigakan Yayasan Trump.



Encik Pence berulang kali enggan mengambil jalan itu, sama ada dengan cuba menukar topik atau mengalih serangan terhadap Cik Clinton atau mengabaikannya sama sekali.



Apabila beberapa kali beliau berusaha membela Encik Trump, Encik Pence berbuat demikian dengan menafikan kenyataan calon presiden itu dan kemudian menyampaikan hujah yang bertentangan dengan pendirian jutawan itu.



Ia membuat Encik Kaine menarik perhatian bahawa Encik Pence sedang cuba dengan giat menjauhkan dirinya daripada Encik Trump.



Akhirnya, penganalisis politik setuju sebahagian besarnya bahawa kedua-dua calon meninggalkan pentas dengan sesuatu yang membuat mereka gembira, tetapi kesan ke atas pilihan raya mungkin minimum.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >