Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tiada tempat selamat di Gaza bagi rakyat Palestin: Pegawai PBB

Mereka diarah pindah dari satu tempat ke tempat lain tapi tiada destinasi selamat daripada operasi tentera Israel
Dec 26, 2023 | 01:47 PM



GAZA: Ramai rakyat Palestin di Jaluran Gaza akur arahan tentera Israel supaya pindah ke tempat selamat yang ditetapkan, tetapi mendapati tinggal sedikit ruang di tempat yang pesat dengan penduduk itu, kata seorang ketua pasukan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 25 Disember.


Cik Gemma Connell, yang dikerahkan di Gaza sejak beberapa minggu lalu, menyifatkan apa yang dipanggilnya sebagai “papan catur manusia” di mana beribu-ribu orang, yang telah berpindah berulang kali, berlari sekali lagi mencari perlindungan dan tiada jaminan ada destinasi selamat.

Amerika Syarikat, sekutu tegar Israel dalam perangnya menentang Hamas, yang menguasai Gaza, telah berminggu-minggu mendesak Israel supaya mengambil langkah selanjutnya untuk meminimumkan bahaya terhadap orang awam dengan mengenal pasti kawasan selamat dan membuka laluan kemanusiaan bagi orang ramai melarikan diri.

“Orang ramai menuju ke selatan untuk cuba mencari tempat selamat, namun dibedil tidak kira di mana saja mereka berada, termasuk kawasan diisytihar selamat oleh tentera Israel.

“Orang ramai menuju ke selatan dengan tilam dan semua barang mereka sarat di dalam van, trak dan kereta untuk cuba mencari tempat selamat,” kata Cik Connell, yang ditemui ketika melawat kejiranan Deir al-Balah di tengah Gaza.

“Saya telah bercakap dengan ramai orang. Terdapat begitu sedikit ruang yang tinggal di sini di Rafah sehingga orang ramai tidak tahu ke mana mereka harus pergi dan ia benar-benar terasa seperti orang digerakkan di atas papan catur manusia kerana terdapat perintah pemindahan berkali-kali.

“Penduduk melarikan diri dari satu kawasan ke kawasan lain. Tetapi mereka tidak selamat di sana,” kata Cik Connell, ketua pasukan Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB.

Diminta mengulas, seorang jurucakap tentera Israel berkata pihaknya telah berusaha memindahkan orang awam dari kawasan pertempuran, tetapi Hamas secara sistematik cuba menghalang usaha itu.

Jurucakap tentera itu berkata Hamas menggunakan orang awam sebagai perisai manusia, tetapi tuduhan tersebut dinafikan kumpulan Palestin.

Cik Connell menceritakan tentang kematian seorang budak lelaki berusia sembilan tahun bernama Ahmed di Hospital al-Aqsa di Deir Al-Balah, tempat ramai orang yang cedera dalam serangan udara Israel dibawa dan tempat beliau menghabiskan masa sekitar satu hingga satu setengah jam.

“Dia tidak berada di kawasan di bawah perintah pemindahan, dia berada di kawasan yang sepatutnya selamat. Tiada tempat selamat di Gaza,” kata beliau, sambil menambah bahawa serangan udara baru berlaku ketika beliau berada di hospital itu dan menyaksikan mangsa cedera dibawa masuk.

Cik Connell berkongsi teks satu pemberitahuan daripada tentera Israel menggesa penduduk di sekurang-kurangnya setengah dozen kejiranan di tengah Gaza supaya berpindah pada 22 Disember.

Teks itu mengatakan Angkatan Pertahanan Israel (IDF) akan melancarkan operasi di kawasan kejiranan penduduk berkenaan dan menggesa agar mereka pindah ke tempat perlindungan di Deir al-Balah.

Jurucakap tentera memberitahu Reuters: “IDF akan bertindak terhadap Hamas di mana sahaja ia beroperasi, dengan komitmen penuh pada undang-undang antarabangsa, sambil membezakan antara pengganas dengan orang awam, dan mengambil semua langkah berjaga-jaga untuk meminimumkan bahaya ke atas orang awam.”


Pegawai Amerika berulang kali berkata mereka menjangka Israel mengurangkan operasinya ke fasa lebih berintensiti rendah bagi operasi yang lebih tersasar.

Sebaliknya, Israel mempergiat operasinya.

Malam Krismas terbukti sebagai salah satu malam paling dahsyat dalam perang 11 minggu antara Israel dengan Hamas, apabila pegawai kesihatan Palestin di Gaza berkata serangan udara Israel di tengah dan selatan Gaza membunuh lebih 100 rakyat Palestin, menjadikan jumlah kematian hampir mencecah 20,700 orang.

Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berikrar akan meneruskan perang menentang Hamas sebagai tindakan balas terhadap serangan rentas sempadan kumpulan itu pada 7 Oktober, yang membunuh 1,400 orang dan menjadikan 240 penduduk Israel sebagai tebusan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >