Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Bekas pengetua genggam ijazah sarjana pada usia 90 tahun

Oct 16, 2023 | 12:17 PM



KUALA LUMPUR: Bekas pengetua sekolah menengah, Encik Krishnan Arunasalam, 90 tahun, menjadi tumpuan apabila menjadi graduan tertua menggenggam ijazah pengajian peringkat sarjana daripada Open University Malaysia (OUM).


Lebih menarik lagi, Encik Krishnan turut menerima Anugerah Pembelajaran Sepanjang Hayat sempena Majlis Konvokesyen OUM ke-27 di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Anugerah Pembelajaran Sepanjang Hayat itu merupakan pengiktirafan kepada mereka yang berumur melebihi 60 tahun atas prestasi kecemerlangan akademik dalam institusi tersebut.

Encik Krishnan yang memperoleh ijazah dalam Sarjana Pentadbiran Perniagaan itu berkata, dia amat bersyukur dan gembira kerana berjaya menamatkan pengajian di universiti tersebut meskipun pada usia lanjut.

“Saya dulu bekerja sebagai guru, kemudian pencen. Oleh sebab tidak tahu apa (aktiviti) nak buat, jadi saya (sambung pelajaran).

“Oleh kerana isteri saya telah meninggal dunia, saya pula tinggal bersama anak-anak, jadi lebih baik sambung belajar saja.

“Lagipun OUM dekat sahaja (dengan rumah), sebab itu saya boleh jalan kaki dari rumah ke universiti,” katanya lapor Sinar Harian pada Isnin.


Mengulas mengenai perancangan seterusnya, ujar Encik Krishnan yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, berkata dia lebih gemar menghabiskan masa membaca dan menimba ilmu sebanyak yang boleh terutamanya berkenaan pelajaran statistik.

“Kalau boleh saya mahu ambil belajar (pembelajaran) statistik sebab dulu saya tidak berpeluang belajar statistik. Saya memang minat subjek itu dulu,” ujarnya.

Anugerah Pembelajaran Sepanjang Hayat itu disampaikan oleh Pro Canselor OUM, Tan Sri Azman Hashim.

Turut menerima anugerah berkenaan adalah Penasihat Rumah Ngaji Negeri Perak, Datuk Normah Hanum Ibrahim, 77 tahun, yang menamatkan pengajian dalam Sarjana Muda Psikologi.

Datuk Normah, yang juga ibu mertua kepada mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata kursus yang dipelajarinya itu amat penting memandangkan beliau sering melibatkan diri dalam urusan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ujarnya, minat mendalam dalam menimba ilmu serta sokongan dari ahli keluarga turut menjadi pendorong untuk beliau melanjutkan pelajaran di OUM.

“Masa (belajar) itu, saya memang ambil waktu yang tepat iaitu dari jam 8.30 hingga 10.30 malam. Jadi pembahagian masa itu ada.

“Urusan NGO, waktu siang. Waktu malam atau subuh, saya akan gunakan untuk belajar dan saya pergi kuliah seperti biasa,” kata ibu kepada empat anak dan 12 cucu itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >