Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiga remaja ditahan polis Bandung atas dakwaan gangguan seksual terhadap pelancong Singapura

Jan 6, 2025 | 1:08 PM
Polis Bandar Bandung telah menahan tiga remaja lelaki yang disyaki terlibat dalam kes gangguan seksual terhadap dua pelancong dari Singapura.
Polis Bandar Bandung telah menahan tiga remaja lelaki yang disyaki terlibat dalam kes gangguan seksual terhadap dua pelancong dari Singapura. - Foto Instagram Polisi Bandung

BANDUNG: Polis Bandaraya Bandung telah menahan tiga remaja lelaki berusia 17 tahun atas dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap dua pelancong dari Singapura. Tindakan mereka terbongkar selepas mangsa memuat naik video insiden tersebut di YouTube.

“Malam tadi, kami telah menahan tiga suspek yang dikenali sebagai RF, RM, dan MCA,” kata Ketua Polis Bandung, Encik Budi, pada 4 Januari 2025.

Ketiga-tiga suspek yang masih berstatus pelajar tinggal di Daerah Cimaung, Kabupaten Bandung. Mereka mengaku bertemu mangsa ketika sedang mencari makanan di kawasan Jalan Braga, Bandung. Mereka tertarik melihat mangsa yang sedang membuat vlog dalam bahasa Inggeris, lalu mengikuti mereka.

Menurut pengakuan RF, dia tidak sengaja menyentuh belakang badan mangsa kerana jalan yang sempit. RM pula mengaku hanya menyentuh beg mangsa, manakala MCA menyatakan bahawa dia tidak melakukan sebarang tindakan terhadap mangsa. “RF juga mengaku menunjukkan isyarat dua jari di hadapan muka mangsa dan berjalan mendahului mereka,” tambah Encik Budi.

Pihak berkuasa telah berkomunikasi dengan mangsa melalui e-mel. “Mangsa telah membalas e-mel Ketua Unit PPA kami dan menyatakan akan menyerahkan sepenuhnya kes ini kepada pihak polis,” jelas Encik Budi.

Kes ini kini berada di bawah siasatan Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak (PPA) dari Bahagian Siasatan Jenayah Polis Bandung.

Mangsa, bersama pasangannya, sebelum ini merakam vlog di Jalan Braga. Mereka menyedari beberapa individu tidak dikenali mengikuti mereka dan akhirnya muncul dalam rakaman vlog tersebut. Mangsa wanita mendakwa bahawa salah seorang daripada mereka telah menyentuh bahagian belakang badannya, yang kini menjadi bukti dalam siasatan polis.

“Kami akan memastikan kes ini disiasat dengan adil dan telus,” tegas Encik Budi. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg