Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tiga terbunuh, 12 cedera apabila kereta rempuh kawasan pejalan kaki Melbourne

Jan 20, 2017 | 11:57 AM



SYDNEY - Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan 12 cedera selepas sebuah kereta merempuh kawasan pejalan kaki di Melbourne, bandar kedua terbesar Australia, pada Jumaat (20 Jan).



Menurut perkhidmatan kecemasan Ambulance Victoria, beberapa orang dilanggar manakala televisyen tempatan menayangkan video secara langsung dari udara yang menunjukkan kereta polis dan polis membawa senjata di persimpangan pusat bandar itu.



"Keadaan sebenar peristiwa itu masih ditentukan," kata polis dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam akaun rasmi Twitter mereka.



Polis mengesahkan seorang lelaki telah ditangkap berhubung kejadian itu.



Pegawai bersenjata telah ditempatkan di jalan-jalan di tengah bandar yang menjadi tuan rumah kejohanan tenis Terbuka Australia.



"Paramedik sedang merawat beberapa orang selepas mereka dilanggar sebuah kereta di Bourke Street," menurut Ambulance Victoria.



"Akses pejalan kaki sepanjang Bourke Street antara Williams dan Swanston ditutup. Polis meminta orang ramai mengelakkan kawasan itu," kata polis Victoria. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >