Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PASCAPILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

TikTok berwaspada, padam kandungan kebencian lepas PRU15

Nov 24, 2022 | 05:30 AM



PLATFORM media sosial TikTok berkata ia terus berada dalam keadaan amat berjaga-jaga menyusuli perbuatan sebahagian pengguna muda menerbitkan video mengenai rusuhan perkauman di Malaysia pada 13 Mei 1969 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).



Dalam satu kenyataanya, TikTok berkata ia akan bertindak secara agresif untuk memadam kandungan melanggar garis panduan masyarakat yang ditetapkannya.



Ini termasuk video, audio, penstriman langsung, imej, komen, pautan dan bentuk teks lain.



"Kami tidak bersikap toleran terhadap sebarang jenis hujah kebencian dan sifat ekstrem ganas di TikTok.



"Berhubung kandungan menyentuh insiden 13 Mei, kami telah memadam video sedemikian dengan serta-merta, kerana ia melanggar garis panduan masyarakat yang ditetapkan kami," kata TikTok.



Platform media sosial itu juga menggesa anggota masyarakat supaya melaporkan sebarang kandungan membahayakan menerusi fungsi yang disedikan dalam aplikasi itu.



"Sejak menjelang pilihan raya umum, kami telah mengadakan perhubungan tetap dengan badan relevan, termasuk MCMC, berhubung akaun yang berulang kali atau amat melanggar garis panduan platform kami," kata TikTok lagi, merujuk kepada Suruhanjaya Perhubungan dan Multimedia Malaysia (MCMC).



Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pengguna media sosial harus berhenti menyalah guna platform itu untuk menyebar kandungan yang dianggap menyebabkan provokasi kerana ini boleh menyebabkan gangguan awam.



Sebahagian video di media sosial yang tular menyampaikan pesanan anti-Cina dan ancaman terbuka terhadap kaum Cina di Malaysia.



Ada pula mempersoal keagamaan orang Melayu/Islam yang mengundi Parti Tindakan Demokratik (DAP), dan berkata tiada orang Islam akan mengundi parti itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >