Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TikTok Indonesia diarah mohon permit e-dagang dalam tempoh seminggu

Sep 28, 2023 | 02:30 PM



JAKARTA: Pemerintah Indonesia mengambil pendirian tegas terhadap kegiatan e-dagang yang dijalankan TikTok Shop di Indonesia.


Kali ini pihak berkuasa negara itu memberi kata dua kepada platform tersebut - mohon permit perdagangan elektronik dalam masa tujuh hari sebelum menghadapi tindakan penutupan, kata Menteri Perdagangan Zulkifli Hasan pada Rabu.

Bercakap semasa sidang media mengenai penyebaran Peraturan Menteri Perdagangan Nombor 31 Tahun 2023, beliau menyatakan bahawa TikTok Shop perlu mendapatkan permit e-dagang jika ingin meneruskan transaksi di platform tersebut.

Sebaik sahaja tempoh seminggu berlalu, TikTok Shop tidak lagi dibenarkan beroperasi tanpa permit e-dagang, tambahnya.

“Pada masa hadapan, TikTok hanya boleh digunakan untuk tujuan promosi dan pengiklanan, manakala transaksi sebenar mesti dilakukan di laman e-dagang,” tegasnya.

Encik Zulkifli menggesa semua pihak berkepentingan untuk mematuhi peraturan baru yang digariskan dalam peraturan itu, yang meminda Peraturan Menteri Perdagangan Nombor 50 Tahun 2020 berkaitan pelesenan perniagaan, pengiklanan, pembangunan, dan penyeliaan pelaku perniagaan yang terlibat dalam perdagangan secara elektronik.

Beliau berkata semakan itu bertujuan untuk memupuk ekosistem perdagangan elektronik yang positif.

Kementeriannya juga akan mengenakan sekatan, termasuk pembatalan permit, bagi sebarang pelanggaran peraturan.

Peraturan Menteri Perdagangan No. 31 Tahun 2023 meliputi berbagai aspek, termasuk pemisahan antara media sosial dengan perdagangan sosial.

Selain itu, ia mewajibkan harga minimum AS$100 ($138) untuk barangan siap import yang dijual terus oleh peniaga ke Indonesia melalui platform e-dagang rentas sempadan.

Peraturan itu juga termasuk senarai positif barangan import yang dibenarkan masuk ke Indonesia secara langsung melalui platform e-dagang, kata Encik Zulkifli lagi.

Peraturan itu juga menetapkan keperluan khusus untuk pedagang asing di pasaran domestik.

Ini termasuk menyediakan bukti kesahihan perniagaan dari negara asal, pematuhan piawaian kebangsaan Indonesia (SNI) dan peraturan halal, melekatkan label bahasa Indonesia pada produk yang berasal dari luar negara, dan menyatakan sumber asal penghantaran barangan.

Peraturan itu juga melarang pasaran dan platform perdagangan sosial daripada mengeluarkan barangan dan menyekat kawalan data oleh Sistem Elektronik Penganjur Perdagangan (PPMSE) dan sekutunya.

Encik Zulkifi sebelum ini dipetik sebagai menyatakan bahawa langkah mengehadkan penglibatan media sosial termasuk TikTok dalam kegiatan e-dagang adalah bagi menjaga kepentingan perusahaan setempat.

Seorang pegawai kanan pula menyatakan langkah mengenakan harga minimum AS$100 itu bertujuan untuk menjaga kepentingan perusahaan mikro, kecil dan sederhana tempatan.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas mengenai e-dagang yang dipengerusikan oleh Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo di Istana Negara di Jakarta beberapa hari lalu.

Encik Zulkifli menegaskan bahawa barangan import yang didagangkan di platform e-dagang mesti dilayan setanding dengan yang dijual di kedai fizikal dan tertakluk kepada cukai Indonesia.

Menteri Koperasi dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana, Encik Teten Masduki, pula menyatakan bahawa TikTok memiliki sistem pembayaran digital dan infrastruktur logistiknya sendiri, membolehkannya ia beroperasi dalam e-dagang. Ini sekali gus berpotensi menjejas perniagaan tempatan.

“India dan Amerika Syarikat telah pun melarang TikTok daripada menjalankan kedua-dua media sosial dan perniagaan e-dagang secara serentak,’’ tambahnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >