Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TikTok Shop Indonesia hentikan kegiatan e-dagang: Menteri

Oct 05, 2023 | 11:58 AM



JAKARTA: Tiada lagi peluang beli-belah secara dalam talian menerusi platform e-dagang TikTok Shop di Indonesia.


Ini kerana aplikasi perkongsian TikTok telah menghentikan kegiatan e-dagangnya – sesuai dengan peraturan pemerintah Indonesia yang secara tegas melarang syarikat media sosial daripada menjalankan perdagangan dalam talian.

Mengesahkan hal itu pada Rabu, Menteri Perdagangan, Encik Zulkifli Hasan, berkata: “Kami berterima kasih kepada TikTok atas kerjasama mereka. Saya telah menerima surat mereka yang mengesahkan bahawa TikTok akan mematuhi peraturan pemerintah.”

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui dalam lawatannya ke pusat beli-belah ITC Mangga Dua di Jakarta Utara.

Sambil memuji TikTok kerana mematuhi peraturan itu, Encik Zulkifli menekankan peri pentingnya peranan dan penggunaan teknologi dalam kegiatan perdagangan.

Justeru, beliau menggalakkan usahawan tempatan supaya meningkatkan kemahiran perdagangan mereka dalam platform digital dan memperoleh kemahiran bahasa asing untuk meluaskan jangkauan pasaran mereka.

Menurut beliau, pemerintah sedang berusaha untuk “mengekalkan keseimbangan” antara perdagangan dalam talian dengan aktiviti pasaran fizikal untuk mengelakkan kedai tempatan daripada gulung tikar.

Beliau memberitahu bahawa TikTok masih dibenarkan untuk mempromosikan produk tetapi dilarang daripada mengendalikan platform e-dagangnya sendiri.

“Sebagai contoh, rangkaian TV boleh menyiarkan iklan tetapi mereka tidak dibenarkan membuka kedai,” tegas Encik Zulkifli.

Dalam satu kenyataan, TikTok Indonesia juga mengesahkan pihaknya telah menghentikan kegiatan e-dagangnya.

“Keutamaan kami adalah untuk terus mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan. Oleh itu, kami tidak lagi akan memudahkan transaksi e-dagang di TikTok Shop Indonesia menjelang 5 petang pada 4 Oktober, dan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan dalam laluan ke hadapan,” kata gergasi teknologi itu.

TikTok sebelum ini melahirkan rasa kesal dengan keputusan pemerintah baru-baru ini untuk mengharamkan urus niaga e-dagang di wadah media sosialnya, dengan menyatakan bahawa langkah itu boleh menjejas mata pencarian berjuta-juta orang yang bergantung pada platform video pendek untuk meraih pendapatan.

“Kami amat kesal dengan pengumuman pemerintah terutamanya bagaimana ia akan memberi kesan kepada kehidupan 6 juta penjual dan hampir 7 juta pencipta kandungan yang menggunakan TikTok Shop,” kata kenyataan tersebut.

Syarikat media sosial itu membuat keputusan menutup kedai e-dagangnya selepas menerima kata dua daripada pemerintah Indonesia. – Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >