Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

AS timbang lepaskan 180j tong minyak, harga turun lebih AS$5 setong

Apr 02, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Niaga hadapan minyak turun lebih AS$5 ($6.78) setong berikutan berita bahawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Encik Joe Biden, sedang menimbang untuk melepaskan kira-kira satu juta tong minyak sehari daripada rizab strategik selama beberapa bulan dalam usaha menenangkan harga minyak mentah yang melambung tinggi.



Amerika mempertimbangkan untuk melepaskan 180 juta tong minyak selama beberapa bulan akan datang daripada Rizab Petroleum Strategik (SPR), kata tiga sumber Amerika ketika Rumah Putih cuba mengawal harga petrol.



Ia kali ketiga AS menggunakan rizab strategiknya dalam tempoh enam bulan lalu.



Ini juga adalah pelepasan terbesar SPR dalam sejarahnya selama hampir 50 tahun.



Niaga hadapan Brent turun AS$4.71 atau 4.2 peratus kepada AS$108.58 setong dan niaga hadapan West Texas Intermediate AS turun AS$5.45 atau 5.0 peratus kepada AS$102.74 setong.



Encik Biden dijangka memberi kenyataan mengumumkan rancangan itu, bertujuan untuk menurunkan harga petrol yang telah mencapai paras rekod berikutan pencerobohan Russia ke atas Ukraine.



Harga meningkat sekitar 3.0 peratus kelmarin, didorong oleh kebimbangan bekalan ketika run-dingan damai antara Russia yang menggelar tindakannya sebagai "operasi khas" dan Ukraine nampaknya terhenti.



"Ia adalah satu kejutan sentimen, tetapi jika sejarah baru-baru ini mencadangkan apa-apa pelepasan simpanan hanya akan menjadi pembaikan yang bersifat sementara sahaja," kata rakan kongsi pengurusan di SPI Asset Management, Encik Stephen Innes.



Pada awal Mac, pentadbiran Encik Biden berkata pihaknya akan mengeluarkan 30 juta tong daripada rizab strategiknya sebagai sebahagian daripada pelepasan global sebanyak 60 juta tong dalam usaha menurunkan harga.



Pengeluaran itu dibuat apabila stok minyak AS jatuh sebanyak 3.4 juta tong dalam seminggu hingga 25 Mac, melepasi ramalan penurunan satu juta tong, tetapi permintaan tersirat untuk petrol dan sulingan turut menurun.



Permintaan yang semakin perlahan berlaku apabila pengeluaran AS meningkat sebanyak 100,000 tong sehari kepada 11.7 juta tong sehari selepas tidak stabil pada 11.6 juta tong sehari sejak awal Februari.



Rabu lalu, niaga hadapan min-yak mentah Brent mencecah paras tertinggi AS$112.78 sejurus selepas dibuka dan naik 86 sen kepada AS$111.09, membalikkan kerugian 2.0 peratus pada sesi sebelumnya.



Harga minyak kembali melonjak di tengah-tengah bekalan yang ketat dan prospek peningkatan sekatan baharu Barat terhadap Russia walaupun tanda-tanda kemajuan muncul daripada rundingan damai antara Moscow dan Kyiv.



Encik Biden menyampaikan kenyataannya mengenai tindakan pentadbirannya, pencerobohan Russia ke atas Ukraine dan sekatan ke atas Moscow telah melonjakkan harga minyak.



Russia umumnya adalah salah satu pengeluar minyak terkemuka dunia, menyumbang kira-kira 10 peratus kepada pasaran global.



Namun, sekatan akan mengurangkan kira-kira tiga juta tong sehari (bpd) minyak Russia dari pasaran mulai April, kata Agensi Tenaga Antarabangsa.



Sumber itu tidak menyatakan berapa lama pengeluaran sejuta bpd daripada rizab strategik yang sedang direncanakan itu akan diteruskan.



Jumaat lalu, sumber AS berkata, pentadbiran Encik Biden sedang mengkaji satu lagi pengeluaran minyak daripada SPR untuk membantu menstabilkan pasaran tenaga global yang jika dilaksanakan, mungkin menjadi lebih besar daripada penjualan 30 juta tong awal bulan ini.



Harga petrol yang tinggi ada-lah liabiliti politik untuk Encik Biden dan Parti Demokrat kerana mereka berusaha untuk mengekalkan penguasaan Kongres pada pilihan raya November depan.- Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >