Timur Tengah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AS cadang gencatan senjata selama 60 hari bagi Gaza

May 30, 2025 | 4:15 PM
Penduduk Gaza memeriksa tapak serangan Israel di Jabalia di tengah Jaluran Gaza, pada 30 Mei, di tengah-tengah perang antara Israel dengan kumpulan militan Hamas.
Penduduk Gaza memeriksa tapak serangan Israel di Jabalia di tengah Jaluran Gaza, pada 30 Mei, di tengah-tengah perang antara Israel dengan kumpulan militan Hamas. - Foto AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat mencadangkan pelan gencatan senjata 60 hari bagi Gaza dan pembebasan 28 tebusan Israel sama ada masih hidup atau mati dalam tempoh minggu pertama ia dilaksanakan.

Dalam pelan itu juga, Israel perlu membebaskan 125 tahanan Palestin yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan penyerahan semula mayat 180 rakyat Palestin.

Pelan yang mendapat jaminan oleh Presiden Amerika, Encik Donald Trump, serta pihak pengantara Mesir dan Qatar, turut memperuntukkan penghantaran bantuan ke Gaza sejurus kumpulan militan Hamas menandatangani perjanjian gencatan senjata.

Berdasarkan pelan itu juga, Hamas akan membebaskan baki 30 tebusan selepas gencatan senjata kekal dilaksanakan.

Rumah Putih menyatakan Israel bersetuju dengan cadangan gencatan senjata Amerika itu.

Bagaimanapun kumpulan Hamas memaklumkan pihaknya sedang meneliti pelan berkenaan dan akan memberi maklum balas.

Seperti dilaporkan, perbezaan ketara antara Hamas dengan Israel sebelum ini menghalang usaha memulihkan gencatan senjata yang gagal pada Mac lalu.

Sementara itu, Israel bertegas Hamas mesti melucutkan senjata sepenuhnya dan dibubarkan sebagai entiti ketenteraan serta pentadbiran, dan kesemua 58 tebusan yang masih ditahan di Gaza perlu dikembalikan sebelum ia bersetuju menamatkan perang.

Sebaliknya, Hamas pula menolak tuntutan itu dan menegaskan Israel perlu menarik keluar tenteranya dari Gaza dan memberi komitmen untuk menamatkan perang.

Israel melancarkan kempennya di Gaza sebagai tindak balas terhadap serangan Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober 2023, yang mengorbankan kira-kira 1,200 orang dan menyaksikan 251 warga Israel dijadikan tebusan ke Gaza, menurut pengiraan Israel.

Kempen tentera Israel berikutnya telah membunuh lebih 54,000 rakyat Palestin, kata pegawai kesihatan Gaza, dan meninggalkan kawasan wilayah itu dalam kemusnahan besar. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg