Dokumen mahkamah AS dedah penghantaran dipercayai kiswah Kaabah ke kediaman Epstein

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dokumen mahkamah AS dedah penghantaran dipercayai kiswah Kaabah ke kediaman Epstein

Feb 16, 2026 | 5:30 AM

Dokumen mahkamah AS dedah penghantaran dipercayai kiswah Kaabah ke kediaman Epstein

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Jeffrey Epstein (kanan) dan tokoh perniagaan Amiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan Ahmed bin Sulayem, meneliti objek menyerupai kiswah, kelambu hitam menutupi Kaabah, dalam satu imej yang tular daripada fail e-mel Epstein. Menurut rekod yang didedahkan, imej tersebut dihantar sebagai lampiran dalam satu e-mel bertarikh 8 Mei 2014 dan menunjukkan objek berkenaan diletakkan di atas lantai namun lokasi imej tersebut dirakam tidak didedahkan.
Jeffrey Epstein (kanan) dan tokoh perniagaan Amiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan Ahmed bin Sulayem, meneliti objek menyerupai kiswah, kelambu hitam menutupi Kaabah, dalam satu imej yang tular daripada fail e-mel Epstein. Menurut rekod yang didedahkan, imej tersebut dihantar sebagai lampiran dalam satu e-mel bertarikh 8 Mei 2014 dan menunjukkan objek berkenaan diletakkan di atas lantai namun lokasi imej tersebut dirakam tidak didedahkan. - Foto DOJ AMERIKA SYARIKAT

WASHINGTON: Fail mahkamah yang baru didedahkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menunjukkan beberapa potongan menyerupai kiswah Kaabah, kain suci yang melitupi Kaabah di Makkah, telah dihantar ke Amerika Syarikat.

Ia dikatakan sampai ke kediaman Jeffrey Epstein pada 2017, berdasarkan rekod e-mel serta dokumen penghantaran yang terkandung dalam pendedahan terbaru kes berprofil tinggi itu.

Dokumen tersebut, yang dikeluarkan di bawah Akta Ketelusan Fail Epstein, memperincikan urusan logistik penghantaran tiga potongan kiswah dari Arab Saudi ke Florida, termasuk penyelarasan invois, pelepasan kastam dan penghantaran akhir di Amerika Syarikat.

Pendedahan itu mencetuskan persoalan mengenai bagaimana artifak keagamaan yang sangat dihormati dalam Islam boleh dipindahkan merentas sempadan antarabangsa dan berakhir dalam pemilikan seorang pesalah seksual berdaftar.

Kontroversi itu turut melibatkan satu imej tular daripada fail e-mel Epstein, memaparkan Epstein bersama tokoh perniagaan Amiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan Ahmed bin Sulayem, sedang melihat objek yang menyerupai Kiswah yang diletakkan di atas lantai.

Menurut rekod yang didedahkan, imej tersebut dihantar sebagai lampiran dalam satu e-mel bertarikh 8 Mei 2014.

Dalam koresponden e-mel berkenaan, pengirim menyertakan satu ayat berunsur jenaka yang tidak jelas kaitannya dengan imej tersebut.

Tidak dapat dipastikan sama ada kain dalam gambar itu adalah kiswah sebenar atau replika, dan lokasi imej itu diambil juga tidak didedahkan.

Sebuah portal berita dalam talian yang memberi tumpuan liputan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Inside the Haramain, menyatakan bahawa berdasarkan semakan dalaman oleh pakar, pihaknya tidak dapat mengesahkan kain yang dipaparkan dalam imej tular itu merupakan kiswah sebenar.

Portal berkenaan merujuk kepada beberapa ketidakpadanan, termasuk dari segi saiz, bahan, sempadan serta corak sulaman.

Namun, portal tersebut merupakan entiti persendirian dan tidak mempunyai kaitan rasmi dengan kerajaan Arab Saudi atau pihak berkuasa pengurusan Masjidil Haram.

Walaupun kesahihan imej masih diperdebat, dokumen e-mel berasingan mengesahkan potongan kiswah dihantar kepada Epstein pada 2017.

Menurut rekod tersebut, urusan penghantaran diselaraskan antara Februari dengan Mac 2017 oleh seorang ahli perniagaan wanita berpangkalan di UAE, Cik Aziza al-Ahmadi, dengan kerjasama seorang individu yang dikenal pasti sebagai Encik Abdullah al-Maari, yang berpangkalan di Arab Saudi.

E-mel yang disertakan dalam fail menunjukkan tiga potongan kain dikenal pasti untuk penghantaran.

Satu daripadanya berasal dari bahagian dalam Kaabah; satu daripada kain luar yang telah digunakan; dan satu lagi merupakan kain daripada bahan sama tetapi tidak pernah digunakan.

Untuk tujuan logistik, barangan tersebut diklasifikasikan sebagai “bingkai gambar” dan dihantar melalui kargo udara British Airways, menurut invois dan rekod penghantaran.

Dokumen penghantaran meletakkan nilai keseluruhan barangan itu pada harga AS$10,980 ($13,893).

Rekod emel turut menunjukkan beberapa individu dalam rangkaian Epstein terlibat dalam urusan di Amerika Syarikat, termasuk penyelarasan kastam dan penghantaran darat.

Penghantaran itu dilaporkan tiba di kediaman Epstein pada Mac 2017, ketika beliau telah menjalani hukuman penjara sebelum ini dan berdaftar sebagai pesalah seksual.

Dalam salah satu e-mel kepada Epstein bertarikh 22 Mac 2017, Encik Ahmadi menerangkan kepentingan agama kain tersebut.

“Kepingan hitam ini disentuh oleh sekurang-kurangnya 10 juta umat Islam daripada pelbagai mazhab, Sunni, Syiah dan lain-lain.

“Mereka mengelilingi Kaabah tujuh kali dan cuba menyentuhnya sambil menitipkan doa, harapan dan air mata,” tulisnya.

Kenyataan itu mencerminkan kesedaran jelas terhadap nilai kerohanian kiswah, namun dokumen e-mel yang didedahkan tidak menjelaskan sebab khusus Epstein dipilih sebagai penerima potongan kain tersebut, mahupun asas yang membolehkan penghantaran berkenaan diatur.

Rekod e-mel turut merujuk kepada kemungkinan Epstein memiliki atau mengurus sebuah masjid di Pulau St Thomas, sebuah pulau di Kepulauan Virgin Amerika Syarikat yang menjadi lokasi salah satu hartanah milik Epstein.

Dalam beberapa e-mel kepada rakan sekutu Epstein, Encik Ahmadi, menyebut tentang sebuah masjid di mana kiswah itu akan digantung.

Selain potongan kain tersebut, e-mel juga merujuk kepada penghantaran peralatan lain seperti sejadah, khemah, meja dan sofa gaya Arab dari Arab Saudi.

Bagaimanapun, dokumen yang didedahkan tidak memberikan maklumat lanjut mengenai status masjid tersebut atau tujuan sebenar penghantaran barangan berkenaan.

Dokumen e-mel yang didedahkan turut menunjukkan hubungan peribadi yang berpanjangan antara Epstein dengan Encik Sulayem, termasuk pertukaran mesej yang mengandungi rujukan berunsur seksual serta penggunaan bahasa yang merendahkan wanita.

Dalam beberapa e-mel lain, terdapat juga kenyataan berunsur stereotaip terhadap umat Islam.

Encik Sulayem merupakan Ketua Pegawai Eksekutif DP World, sebuah syarikat pengurusan pelabuhan sejagat ang berpangkalan di UAE.

Media Middle East Eye melaporkan pihaknya telah menghubungi DP World serta pihak berkuasa Arab Saudi yang menyelia Masjidil Haram untuk mendapatkan ulasan.

Namun, setakat ini tiada maklum balas rasmi diumumkan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg