Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein

Feb 2, 2026 | 1:40 PM

Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Foto fail

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menafikan sebarang kaitan dengan kontroversi, mendiang Jeffrey Epstein, menyusuli dakwaan dalam e-mel pihak luar yang mengaitkan namanya.

Menerusi hantaran di Facebook, Datuk Anwar berkata beliau baru dimaklumkan mengenai cubaan pihak luar untuk bertemu dan ‘memetik’ namanya dalam e-mel berkaitan kes tersebut.

Tegasnya, dakwaan tersebut sama sekali tidak berasas dan beliau tidak mempunyai sebarang hubungan dengan individu dalam komunikasi itu, apatah lagi dengan mendiang Epstein.

“Baru hari ini saya tahu ada pihak luar yang mahu bertemu dan siap ‘petik’ nama saya dalam e-mel membabitkan kes Epstein.

“Alhamdulillah, dah belasan tahun seperti yang disebut dalam e-mel, dan saya langsung tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang berbalas e-mel itu, terutama Epstein,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya pada 1 Februari, lapor laman web Astro Awani.

Datuk Anwar turut menzahirkan rasa jijik dan menyifatkan cubaan mengaitkan namanya dengan isu berkenaan sebagai tidak bertanggungjawab.

Kenyataan itu dibuat Datuk Anwar bagi menjernihkan kekeliruan serta menangkis sebarang cubaan mengaitkan beliau dengan isu sensitif berprofil tinggi di peringkat antarabangsa.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan, nama Datuk Anwar muncul dalam kelompok terbaru fail yang dikeluarkan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat berkaitan mendiang Epstein.

Nama Datuk Anwar tidak dikaitkan dengan sebarang dakwaan salah laku seksual atau lawatan ke pulau terkenal milik mendiang ahli kewangan itu, sebaliknya hanya dibincangkan dalam konteks politik.

Melalui satu emel bertarikh 21 Februari 2012, seorang rakan kongsi mendiang Epstein yang identitinya tidak didedahkan, menghantar e-mel bertanya sama ada wajar diatur satu pertemuan di antara Datuk Anwar dengan individu dikenali sebagai ‘Jes’ bagi meneroka potensi manfaat masa depan untuk ‘JPM’.

JPM merujuk kepada bank Amerika Syarikat, JP Morgan, manakala Jes dipercayai merujuk kepada Jes Staley, yang ketika itu merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bahagian perbankan pelaburan syarikat berkenaan.

Mendiang Epstein, seorang pembiaya kaya Amerika, meninggal dunia di sel penjara New York pada 2019 ketika menunggu perbicaraan atas pertuduhan memperdagangkan kanak-kanak perempuan bawah umur untuk tujuan seks.

Kematian itu, menurut laporan AFP diputuskan sebagai bunuh diri.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg