Topic followed successfully
Go to BHkuIsrael lancar serangan ke atas Iran
Israel lancar serangan ke atas Iran
Amerika asingkan diri daripada serangan, Setiausaha Negara Marco Rubio dakwa Israel bertindak sendiri
Israel lancar serangan ke atas Iran
Menteri Pertahanan Israel, Encik Israel Katz berkata Israel telah melancarkan serangan ke atas Iran dan mengisytiharkan perintah darurat di negara itu.
Letupan boleh kedengaran di wilayah timur laut Tehran pada 13 Jun, lapor agensi berita Reuters. BBC juga melaporkan pihak awam di Tehran mengesahkan letupan itu berlaku.
Letupan di Tehran itu berlaku sekitar 3 pagi. Pegawai tentera Israel memberitahu BBC ia telah melakukan beberapa serangan ke atas program nuklear Iran dan sasaran tentera lain yang melibatkan beberapa dozen serangan ke atas kawasan lain di negara itu.
Dalam laporannya, BBC berkata pegawai Amerika Syarikat telah diberitahu mengenai rancangan Israel untuk menyerang Iran pada Rabu, 11 Jun.
Pegawai tersebut, menurut laporan rangkaian berita di Amerika, CBS, juga berkata inilah sebabnya Amerika telah menasihatkan warga negaranya di Timur Tengah untuk meninggalkan benua itu kerana menjangka tindak balas Iran di beberapa tapak Amerika di Iraq.
Setiausaha Negara Amerika, Encik Marco Rubio telah mengeluarkan kenyataan yang mengasingkan tindakan Israel daripada Amerika.
“Malam ini, Israel mengambil tindakan sehala ke atas Iran. Kami tidak terlibat dalam serangan ke atas Iran dan keutamaan kami adalah melindungi tentara Amerika di wilayah tersebut.
“Israel menasihati kami bahawa tindakan yang diambilnya itu wajar untuk pertahanan negara sendiri.
“President Trump dan Pentadbiran telah mengambil semua langkah wajar untuk melindungi angkatan bersenjata kami dan terus berhubungan rapat dengan rakan kongsi di rantau itu.
“Saya ingin berkata dengan jelas: Iran tidak seharusnya menjadikan kepentingan atau warga Amerika sasarannya.”
Butiran lanjut masih dikumpulkan

