Timur Tengah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Keletihan tentera Israel jejas serangan di Gaza

Aug 29, 2025 | 1:17 PM
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, semakin ramai askar kerahan Israel tidak melaporkan diri bagi perkhidmatan tentera.
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, semakin ramai askar kerahan Israel tidak melaporkan diri bagi perkhidmatan tentera. - Foto AFP

BAITULMAKDIS: Israel sedang bersiap sedia untuk memanggil puluhan ribu askar kerahan bagi melancarkan serangan di Bandar Gaza, tetapi pegawai tentera berkata tidak jelas berapa ramai daripada mereka akan kembali ke medan pertempuran selepas hampir dua tahun berperang.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, semakin ramai askar kerahan Israel tidak hadir untuk perkhidmatan tentera. Ada yang menyatakan sudah berasa keletihan, keperluan untuk menyelamatkan rumah tangga yang tegang, atau alasan kerjaya. Yang lain berkata mereka semakin kecewa dengan perang.

Ketidakpuasan hati yang semakin meningkat itu mengancam merumitkan rancangan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, untuk menawan bandar Gaza dan menumpaskan Hamas.

Tentera Israel berkata ia merancang memanggil tambahan 60,000 anggota kerahan dan melanjutkan khidmat 20,000 lagi askar.

Selain Gaza, tentera Israel juga terlibat dalam rondaan di selatan Lebanon dan Syria, selain melancarkan serangan besar ke bandar-bandar Palestin di Tebing Barat.

Tentera Israel tidak memberikan angka tepat mengenai bilangan anggota kerahan yang gagal menghadirkan diri, menjadikannya sukar untuk menilai skala masalah itu.

Pada Mei, seorang pegawai kanan tentera Israel memberitahu jawatankuasa Parlimen bahawa walaupun terdapat sedikit masalah pengerahan itu, kebanyakan anggota pasukan kerahan masih melaporkan diri untuk bertugas.

Empat askar yang bercakap kepada pemberita pada beberapa bulan lalu berkata unit mereka masih bermotivasi untuk meneruskan pertempuran.

Tetapi kira-kira sedozen pegawai dan askar lain menggambarkan unit mereka diselubungi masalah keletihan, dengan sekurang-kurangnya dua menyatakan bahawa 40 hingga 50 peratus rakan kerahan mereka tidak hadir untuk bertugas.

Yang lain percaya bahawa perang yang berlangsung sekarang tidak lagi adil.

Israel mengerahkan warga Israel keturunan Yahudi selepas sekolah menengah tetapi membuat pengecualian terhadap warga minoriti ultra-Ortodok negara itu.

Tentera Israel sangat bergantung kepada pasukan kerahan untuk membentuk sehingga dua pertiga daripada keseluruhan angkatan tenteranya.

Walaupun beberapa perancang tentera Israel berhujah bahawa kebanyakan pasukan kerahan masih tampil bertugas, namun yang lain kini bimbang bahawa kekurangan itu akan menyukarkan usaha menyelesaikan operasi. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg