Timur Tengah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kementerian Haji Arab Saudi lancar program inovatif tingkat kegembiraan, ketenangan dan keyakinan jemaah

Jun 8, 2025 | 10:29 AM
Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), program ‘Happiness Team’ itu merupakan sebahagian usaha kementerian untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan memastikan perjalanan haji yang tidak dapat dilupakan serta memuaskan bagi anggota jemaah.
Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), program ‘Happiness Team’ itu merupakan sebahagian usaha kementerian untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan memastikan perjalanan haji yang tidak dapat dilupakan serta memuaskan bagi anggota jemaah. - Foto REUTERS

MINA: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melancarkan program ‘Happiness Team’ bagi meningkatkan pengalaman emosi dan kerohanian jemaah sepanjang musim haji.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), program itu merupakan sebahagian usaha kementerian untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan memastikan perjalanan haji yang tidak dapat dilupakan serta memuaskan bagi anggota jemaah.

“Happiness Team” terdiri daripada lebih 600 pakar terlatih yang bertugas di seluruh lokasi suci, melaksanakan aktiviti lapangan dan perkhidmatan bersepadu yang direka untuk membangkitkan rasa gembira, keyakinan serta ketenangan emosi dalam kalangan jemaah.

Inisiatif itu menekankan kecerdasan emosi dan kecekapan profesional dalam mengurus tekanan dan ketidakselesaan, dengan mengubah cabaran kepada pengalaman yang positif dan menggalakkan.

Selain sokongan psikologi dan sosial, program itu turut menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kecemasan.

Ia merangkumi laluan respons kecemasan khas, rondaan ambulans bergerak, penjagaan neonatal serta campur tangan perubatan pantas bagi kes kritikal.

Usaha ini mencerminkan pendekatan kementerian yang menyeluruh terhadap kebajikan jemaah, dengan menggabungkan keselamatan fizikal bersama kesejahteraan emosi dan kerohanian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg