Timur Tengah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki Uganda diselamatkan pasukan kesihatan selepas tidak sedar diri, alami pendarahan otak di Masjidil Haram

Jun 2, 2025 | 11:49 PM
pendarahan otak, uganda, haji, masjidil haram
Seorang lelaki Uganda dikenal pasti mengalami pendarahan otak serius, sekali gus mencetuskan tindak balas segera daripada unit perubatan khas yang bertugas ketika itu. - Foto AFP

MAKKAH: Berpantang maut sebelum ajal, demikian yang dihadapi seorang jemaah haji dari Uganda selepas diselamatkan pasukan perubatan akibat tidak sedarkan diri ketika berada di dalam Masjidil Haram, pada 1 Jun.

Lelaki terbabit dikenal pasti mengalami pendarahan otak serius, sekali gus mencetuskan tindak balas segera daripada unit perubatan khas yang bertugas ketika itu.

Beliau menerima rawatan kritikal dalam tempoh 16 minit, iaitu satu perenam daripada piawaian masa antarabangsa ditetapkan selama 60 minit bagi kes sedemikian, seperti dilaporkan Agensi Berita Saudi (SPA) yang memetik Kluster Kesihatan Makkah.

Pesakit kemudian dipindahkan ke Hospital King Abdulaziz dan kini sedang menjalani rawatan pemulihan selain dijangka dibenarkan keluar hospital untuk meneruskan ibadah haji.

Sebagai sebahagian persiapan bagi musim haji, unit bergerak khas untuk strok yang dilengkapi peralatan diagnostik canggih dan dikendalikan Hospital Pakar dan Pusat Penyelidikan King Faisal ditempatkan di Masjidil Haram.

Pasukan itu terdiri daripada pakar neurologi, kardiologi dan radiologi, ahli terapi pernafasan, paramedik serta jururawat kecemasan, lapor ArabNews.

Setiap tahun, puluhan ribu jemaah haji menerima manfaat daripada perkhidmatan disediakan pusat kesihatan dan hospital di tanah suci itu.

Arab Saudi mengerahkan kira-kira 50,000 petugas kesihatan dan profesional lain untuk bertugas 24 jam sehari sepanjang musim haji.

Minggu lalu, sepasukan perubatan di Pusat Kesihatan Mata, Bandar Perubatan King Abdullah di Makkah, berjaya menyelamatkan seorang jemaah haji warga Mesir yang hilang penglihatan secara tiba-tiba.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg