Timur Tengah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Menteri Luar Saudi: Keutamaan Riyadh gencatan senjata kekal di Gaza

Jul 4, 2025 | 7:12 PM
Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al-Saud (kiri), dan Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, tiba untuk menghadiri satu pertemuan di Moscow, Rusia, pada 4 Julai 2025. 
Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al-Saud (kiri), dan Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, tiba untuk menghadiri satu pertemuan di Moscow, Rusia, pada 4 Julai 2025.  - Foto EPA

RIYADH: Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al-Saud berkata pada 4 Julai bahawa keutamaan utama negaranya ketika ini adalah mencapai gencatan senjata kekal di Gaza, ketika ditanya mengenai kemungkinan menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.
Beliau berkata demikian semasa lawatan rasmi ke Moscow.

Pada tahun 2024, Putera Faisal pernah menegaskan bahawa tiada pemulihan hubungan dengan Israel boleh berlaku tanpa penyelesaian terhadap isu Palestin.

“Apa yang kita lihat sekarang ialah Israel sedang menghancurkan Gaza, populasi awam Gaza,” katanya. “Perkara ini langsung tidak perlu berlaku, benar-benar tidak boleh diterima dan mesti dihentikan.”

Kementerian Kesihatan tempatan di Gaza melaporkan bahawa lebih 57,000 rakyat Palestin telah terbunuh akibat serangan Israel ke atas wilayah itu sejak serangan yang dilancarkan kumpulan Hamas pada 7 Oktober terhadap Israel.

Menurut pihak berkuasa Israel, serangan itu telah menyebabkan 1,200 orang terbunuh dan lebih 250 lagi diculik dan dibawa ke Gaza. – REUTERS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg