PBB bersidang isu Gaza sehari sebelum mesyuarat Lembaga Keamanan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PBB bersidang isu Gaza sehari sebelum mesyuarat Lembaga Keamanan

Feb 19, 2026 | 11:19 AM

PBB bersidang isu Gaza sehari sebelum mesyuarat Lembaga Keamanan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Alya Ahmed bin Saif Al-Thani, Wakil Tetap Negara Qatar ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, berucap di hadapan Majlis Keselamatan semasa mesyuarat mengenai situasi di Asia Barat, di ibu pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat, pada 18 Februari 2026.
Alya Ahmed bin Saif Al-Thani, Wakil Tetap Negara Qatar ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, berucap di hadapan Majlis Keselamatan semasa mesyuarat mengenai situasi di Asia Barat, di ibu pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat, pada 18 Februari 2026. - Foto REUTERS

NEW YORK: Sehari sebelum mesyuarat sulung Lembaga Keamanan anjuran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagi menamatkan perang Gaza, diplomat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 Februari menyuarakan kebimbangan terhadap serangan berterusan Israel, kekurangan bantuan kemanusiaan serta peningkatan operasi ketenteraan di Tebing Barat.

Kebimbangan itu muncul apabila beberapa negara mempertikaikan skop kuasa yang terlalu luas diberikan kepada badan baharu tersebut, termasuk peranannya yang dilihat melangkaui isu kemanusiaan dan berpotensi mempengaruhi urusan politik serta keselamatan serantau.

Namun Duta Besar Amerika ke PBB, Encik Michael Waltz, mempertahankan inisiatif berkenaan dan mengingatkan bahawa Majlis Keselamatan telah meluluskan pelan damai 20 perkara Trump pada November lalu, termasuk penubuhan lembaga tersebut. “Kami mendengar kritikan bahawa struktur lembaga ini luar biasa dan belum pernah dilaksanakan sebelum ini. Namun pendekatan lama terbukti tidak berkesan,” katanya. “Kita hanya ada dua pilihan sebelum ini - Hamas terus menguasai Gaza atau pendudukan berpanjangan. Sekarang kita cuba pendekatan baharu.”

Pelan tersebut mencadangkan penghapusan kehadiran tentera, pelucutan senjata Hamas serta penempatan pasukan penstabil antarabangsa sebelum pengunduran penuh tentera Israel. Encik Waltz berkata lembaga itu merancang menjanjikan dana AS$5 bilion (S$6.34 bilion) untuk pembinaan semula Gaza pada mesyuarat di Washington.

Ketua Hal Ehwal Politik PBB, Cik Rosemary DiCarlo berkata dunia kini mempunyai peluang untuk mengubah arah konflik, namun keadaan di lapangan masih rapuh. “Pelan komprehensif yang diterajui Amerika perlu dilaksanakan sepenuhnya, bersama langkah segera meredakan ketegangan dan menghentikan perkembangan berbahaya di Tebing Barat,” katanya. Awal bulan Februari, Israel memudahkan peneroka Yahudi membeli tanah di kawasan pentadbiran Penguasa Palestin di Tebing Barat, sekali gus meningkatkan kebimbangan peluasan penempatan.

Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB peringkat tinggi itu menghimpunkan menteri luar Israel, Jordan, Mesir, Indonesia dan Pakistan serta Setiausaha Luar Britain Encik Yvette Cooper. Sebahagian daripada mereka kemudian dijangka menghadiri mesyuarat Lembaga Keamanan.

Kira-kira 20 negara menyertai lembaga tersebut, namun beberapa sekutu Eropah seperti Britain, Perancis dan Jerman tidak menyertainya kerana bimbang skop peranannya melangkaui isu Gaza. Sebahagian diplomat turut berpendapat Washington sedang membentuk mekanisme alternatif yang berpotensi menyaingi fungsi Majlis Keselamatan.

Beberapa isu utama juga masih belum jelas termasuk pelucutan senjata Hamas, pengunduran tentera Israel dan penempatan pasukan antarabangsa. Hamas setakat ini enggan menyerahkan senjatanya.

Encik Cooper berkata gencatan senjata di Gaza masih rapuh dengan pelanggaran di kedua-dua pihak, termasuk kematian kira-kira 600 rakyat Palestin yang menjejaskan fasa awal pelan damai. Britain juga merancang menganjurkan persidangan pembinaan keamanan pada Mac untuk mempertemukan masyarakat sivil Israel dan Palestin. “Palestin mesti ditadbir oleh rakyat Palestin sendiri,” katanya.

Pada 17 Februari, semua anggota Majlis Keselamatan kecuali Amerika Syarikat bersama lebih 70 negara mengecam tindakan Israel di Tebing Barat dan menolak sebarang perampasan wilayah itu. Wakil Palestin ke PBB, Encik Riyad Mansour berkata tanah Palestin bukan untuk dirampas. “Palestin milik rakyat Palestin. Ia bukan untuk dijual atau dirampas,” katanya. “Skala dan kecepatannya mungkin berbeza, namun cara yang digunakan dan matlamatnya masih tidak berubah.”

Menteri Luar Israel Encik Gideon Saar menegaskan tanah tersebut mempunyai kaitan sejarah Yahudi. Beliau menunjukkan artifak purba berusia lebih 2,500 tahun sebagai bukti. “Hakikatnya mudah, kami penduduk asal tanah Israel,” katanya. “Bagaimana kehadiran Yahudi di tanah nenek moyang kami boleh melanggar undang-undang antarabangsa?”

Jurucakap PBB, Encik Stephane Dujarric, berkata organisasi itu tidak akan menghantar wakil ke mesyuarat Lembaga Keamanan, namun masih akan bekerjasama dari segi operasi bantuan kemanusiaan dan perkongsian maklumat. Menurutnya, ketua bantuan kemanusiaan PBB, Encik Tom Fletcher, turut dijemput tetapi tidak dapat hadir kerana pertindihan jadual. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg