Pemimpin Hamas, Khalil Al-Hayya, jadi sasaran Israel di Qatar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemimpin Hamas, Khalil Al-Hayya, jadi sasaran Israel di Qatar

Sep 10, 2025 | 11:02 AM

Pemimpin Hamas, Khalil Al-Hayya, jadi sasaran Israel di Qatar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pegawai Hamas, Encik Khalil Al-Hayya (tengah), semasa berada di sebuah rumah bagi memperingati ketua Hamas yang dibunuh, Encik Ismail Haniyeh, di Doha, Qatar, pada 2 Ogos.
Pegawai Hamas, Encik Khalil Al-Hayya (tengah), semasa berada di sebuah rumah bagi memperingati ketua Hamas yang dibunuh, Encik Ismail Haniyeh, di Doha, Qatar, pada 2 Ogos. - Foto fail

DOHA: Encik Khalil Al-Hayya, tokoh kanan Hamas yang terselamat daripada serangan udara Israel di Doha pada 9 September kini dilihat sebagai antara pemimpin paling berpengaruh dalam gerakan itu selepas kematian beberapa tokoh utamanya pada 2024.

Menurut pegawai Israel kepada agensi berita, Reuters, serangan itu menyasarkan kepimpinan tertinggi Hamas termasuk Encik Al-Hayya, yang merupakan ketua perunding utama dan pemimpin buangan Gaza.

Walaupun serangan itu gagal mengenai sasaran utamanya, beberapa orang terbunuh termasuk anaknya sendiri, Encik Humam al-Hayya.

Kedudukan Encik Al-Hayya semakin penting selepas terbunuhnya Encik Ismail Haniyeh di Teheran, Iran; Encik Yahya Sinwar di Gaza; dan komander tentera, Encik Mohammed Deif pada 2024.

Susulan itu, Hamas menubuhkan sebuah majlis kepimpinan sementara lima anggota, dengan Encik Al-Hayya menjadi salah seorang tonggak utama.

“Selepas kehilangan ramai pemimpin utama, Al-Hayya kini menjadi antara tokoh paling berpengaruh dalam menentukan hala tuju Hamas dari luar Gaza,” kata sumber Hamas di Doha.

Dilahirkan di Jaluran Gaza pada 1960, Encik Al-Hayya menyertai Ikhwanul Muslimin pada awal 1980-an bersama Encik Haniyeh dan Encik Sinwar, sebelum Hamas ditubuhkan pada 1987.

Beliau pernah beberapa kali dipenjara oleh Israel dan kehilangan ramai ahli keluarga akibat serangan udara, termasuk anak sulungnya, Encik Osama, pada 2014.

“Darah kepimpinan Hamas sama sahaja dengan darah mana-mana anak-anak Palestin,” katanya kepada Al Jazeera, merujuk kepada kematian anaknya dalam serangan terbaru.

Encik Al-Hayya berpangkalan di Qatar sejak beberapa tahun lalu untuk mengukuhkan hubungan dengan dunia Arab dan Islam.

Beliau dianggap mempunyai hubungan rapat dengan Iran, penyokong utama Hamas dari segi kewangan dan persenjataan.

Sepanjang dua dekad lalu, beliau memimpin beberapa rundingan gencatan senjata dengan Israel, termasuk usaha menamatkan konflik 2014 serta rundingan gencatan semasa perang Gaza kini.

“Al-Hayya memainkan peranan penting sebagai jambatan antara Hamas dengan pihak luar,” kata seorang diplomat Arab yang enggan dikenali.

Beliau turut mengiringi Encik Haniyeh ke Teheran pada Julai 2024, sebelum Encik Haniyeh terbunuh dalam serangan Israel.

Israel secara terbuka berikrar untuk memburu semua pemimpin Hamas di mana-mana sahaja mereka berada.

“Kami beroperasi di seluruh Asia Barat. Hamas tidak akan ada tempat untuk bersembunyi,” kata Ketua Turus Tentera Israel, Leftenan Jeneral Eyal Zamir.

Dalam serangan ke atas Doha, selain Encik Humam al-Hayya, mereka yang terbunuh termasuk pengarah pejabat Al-Hayya, Encik Jihad Labad; tiga pengawal peribadi; dan seorang anggota pasukan keselamatan Qatar.

Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Encik Majed al-Ansari, menyifatkan serangan itu sebagai cubaan “mensabotaj segala usaha damai”.

Hamas menegaskan serangan itu tidak akan mengubah pendirian mereka.

“Cubaan pembunuhan ini tidak akan menjejas tuntutan kami pengunduran penuh tentera Israel, kemasukan bantuan tanpa halangan, serta pertukaran tebusan,” kata Hamas dalam kenyataan rasmi.

Encik Al-Hayya sebelum ini menyifatkan serangan 7 Oktober 2023 sebagai operasi terhad untuk menangkap tentera Israel bagi tujuan pertukaran tahanan.

Namun, operasi itu membawa kepada peperangan besar-besaran yang telah mengorbankan lebih 64,000 penduduk Gaza menurut kementerian kesihatan wilayah itu.

Selain Encik Al-Hayya, seorang lagi sasaran dipercayai ialah Encik Zaher Jabarin, ketua biro kewangan Hamas yang juga ahli majlis kepimpinan lima anggota.

Beliau pernah dipenjarakan hampir 20 tahun sebelum dibebaskan dalam pertukaran tahanan 2011.

Antara tokoh lain dalam majlis kepimpinan itu termasuk Encik Khaled Meshaal, yang kini berpangkalan di Qatar; Encik Mohammad Darwish, ketua nominal majlis; dan Encik Nizar Awadallah, veteran Hamas.

Di Gaza, tokoh tentera utama ialah Encik Izz al-Din al-Haddad, yang kini menjadi sasaran nombor satu Israel. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg