Timur Tengah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rezeki lelaki Libya tunai haji setelah pesawat patah balik dua kali

Amer Al Mahdi ditahan di imigresen, dihalang juruterbang naik pesawat hingga masalah teknikal berulang buka hati juruterbang untuk izinkannya terbang ke tanah suci
May 29, 2025 | 11:54 PM
Hasrat Encik Amer Al Mahdi Mansour Al Gaddafi (foto kiri) untuk menunaikan haji hampir tidak kesampaian selepas beliau ditahan di imigresen semasa pemeriksaan keselamatan. Bagaimanapun, selepas wujud masalah teknikal pada pesawat yang sepatutnya dinaiki sebanyak dua kali, juruterbang yakin tanpa Encik Amer, penerbangan tidak akan berjalan lancar.
Hasrat Encik Amer Al Mahdi Mansour Al Gaddafi (foto kiri) untuk menunaikan haji hampir tidak kesampaian selepas beliau ditahan di imigresen semasa pemeriksaan keselamatan. Bagaimanapun, selepas wujud masalah teknikal pada pesawat yang sepatutnya dinaiki sebanyak dua kali, juruterbang yakin tanpa Encik Amer, penerbangan tidak akan berjalan lancar. - Foto TANGKAP LAYAR INSTAGRAM AMER AL MAHDI

TRIPOLI: Kisah lelaki dari Libya yang bersungguh-sungguh mahu menunaikan haji walaupun berdepan ujian menguji kesabarannya termasuk terlepas penerbangan tular di media sosial.

Hasrat Encik Amer Al Mahdi Mansour Al Gaddafi untuk menunaikan haji hampir tidak kesampaian selepas beliau ditahan di imigresen semasa pemeriksaan keselamatan.

Beliau kemudian turut ditahan daripada menaiki pesawat.

“Kami akan cuba menyelesaikannya tetapi anda perlu tunggu sebentar,” kata pegawai keselamatan di lapangan terbang, lapor agensi berita, yang ditukil Berita Harian Malaysia (BHM).

Ketika kumpulannya menaiki penerbangan, Encik Amer masih ditahan di kaunter lapangan terbang.

Menurut Gulf News, selepas isu keselamatan itu dapat diatasi, juruterbang dikatakan enggan membenarkannya menaiki pesawat dan kemudian memutuskan untuk terbang tanpanya.

Bagaimanapun, Encik Amer tetap enggan pulang dan yakin masih ada harapan untuk beliau menjejakkan kaki ke tanah suci.

“Saya berhasrat untuk menunaikan haji, dan insya-Allah, saya akan (dapat) pergi,” katanya.

Tidak lama selepas berlepas, pesawat itu berpatah balik kerana isu teknikal, namun juruterbang masih enggan membenarkannya menaiki kapal terbang itu.

Selepas berlepas untuk kali kedua, pesawat terbabit berdepan masalah sama hingga memaksa ia berpatah balik sekali lagi.

Menurut penumpang dan kru penerbangan, selepas dua kali pesawat berdepan masalah, juruterbang terbabit berkata: “Saya tidak akan terbang selagi Encik Amer tidak bersama kita”.

Pihak berkuasa kemudiannya membenarkan Encik Amer menaiki pesawat itu.

Bercakap mengenai insiden itu, Encik Amer berkata beliau percaya takdir sudah tertulis untuk beliau menunaikan haji di tanah suci.

“Saya hanya mahu tunaikan haji. Saya percaya jika ia ditulis untuk saya, tiada apa dapat menghalangnya,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg