Timur Tengah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saudi gantung sementara visa umrah dan lawatan untuk 14 negara

Apr 7, 2025 | 11:47 AM
Para sukarelawan bersiap sedia mengagihkan manisan ketika umat Islam berhimpun menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjidil Haram pada awal pagi 30 Mac.
Para sukarelawan bersiap sedia mengagihkan manisan ketika umat Islam berhimpun menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjidil Haram pada awal pagi 30 Mac. - Foto AFP

RIYADH: Kerajaan Arab Saudi telah menggantung sementara pengeluaran visa kepada rakyat dari 14 negara, termasuk India, Pakistan, Bangladesh, Indonesia dan Mesir, sebagai langkah mengawal kesesakan semasa musim haji yang bakal berlangsung pada pertengahan Jun 2025.

Larangan itu merangkumi visa umrah, visa lawatan perniagaan dan visa lawatan keluarga.

Menurut laporan pelbagai media antarabangsa, penggantungan itu akan berkuat kuasa selepas 13 April sehingga pertengahan Jun iaitu selepas ibadah haji selesai dijalankan.

Ia merupakan sebahagian daripada strategi kerajaan Arab Saudi untuk mengekang kemasukan jemaah tanpa permit sah dan mengelakkan penyertaan secara haram oleh jemaah tidak berdaftar – satu masalah yang berulang setiap tahun.

Antara negara lain yang terlibat dalam penggantungan visa ini ialah Iraq, Nigeria, Jordan, Algeria, Sudan, Habsyah, Tunisia, Yaman dan sebuah lagi negara yang masih belum dikenal pasti secara rasmi oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Kementerian Pelancongan Arab Saudi menegaskan bahawa pemegang visa lawatan dilarang sama sekali daripada menunaikan ibadah haji.

“Kami ingin mengingatkan semua bahawa individu yang cuba memasuki Makkah tanpa permit haji yang sah akan dikenakan denda 10,000 riyal ($3,587),” kata kenyataan kementerian itu.

Kawasan larangan termasuklah seluruh kota suci Makkah, kawasan sekeliling Masjidil Haram, Mina, Arafah, Muzdalifah, stesen kereta api Haramain di Rusayfah, pusat kawalan keselamatan serta pos pemeriksaan sementara.

Hukuman itu akan dikenakan tanpa mengira kewarganegaraan atau status sah seseorang.

Bagi pesalah berulang, kadar denda akan digandakan.

Arahan itu juga susulan tragedi semasa musim haji 2024 yang menyaksikan lebih 1,000 kematian, kebanyakannya melibatkan jemaah tidak sah yang menyelinap masuk menggunakan visa lawatan atau visa umrah dan tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

Kes-kes kepadatan melampau dan cuaca panas ekstrem telah dikenal pasti sebagai punca utama tragedi tersebut.

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammad bin Salman, dilaporkan telah mengarahkan penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap penyalahgunaan visa demi memastikan kelancaran dan keselamatan ibadah haji 2025.

Kementerian menegaskan: “Kami menyeru semua yang memegang visa lawatan agar menghormati syarat kemasukan, memahami peraturan sedia ada, dan mematuhi ia sepenuhnya demi keselamatan semua jemaah,” kata jurucakap Kementerian Pelancongan Arab Saudi. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg