Timur Tengah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saudi mula sambut jemaah haji, tingkat keselamatan selepas empat ditahan tipu haji palsu

Apr 30, 2025 | 2:11 PM
Arab Saudi menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji bagi 1446 Hijrah di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Arab Saudi menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji bagi 1446 Hijrah di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA). - Foto Kementerian Haji Saudi

MAKKAH: Pasukan rondaan keselamatan Arab Saudi telah menahan empat warga China yang didapati terlibat dalam penipuan berhubung iklan palsu berkaitan kemudahan haji, menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA) pada 28 April.

Kesemua suspek disyaki mempromosikan iklan mengelirukan di media sosial, kononnya menawarkan penginapan dan pengangkutan di kawasan suci sempena musim haji. Pihak berkuasa menegaskan bahawa iklan tersebut adalah palsu dan bertujuan memperdaya bakal jemaah. Keempat-empat suspek telah ditahan, tindakan undang-undang telah diambil ke atas mereka, dan kes kini dirujuk kepada Pendakwa Raya Awam Arab Saudi untuk siasatan lanjut.

Direktorat Keselamatan Awam Arab Saudi menyeru rakyat dan penduduk agar sentiasa mematuhi peraturan berkaitan ibadah haji, serta segera melaporkan sebarang pelanggaran. Mereka diminta menghubungi talian kecemasan 911 bagi wilayah Makkah, Riyadh dan Timur, atau 999 bagi kawasan lain di seluruh negara.

Penahanan itu berlaku pada hari yang sama Menteri Pengangkutan dan Perkhidmatan Logistik Arab Saudi, Saleh Al-Jasser, menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji bagi musim 1446 Hijrah di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah.

Penerbangan awal yang membawa seramai 396 jemaah dari Dhaka, Bangladesh merupakan antara beberapa penerbangan yang dijadualkan tiba melalui lapangan terbang tersebut dan Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed bin Abdulaziz di Madinah.

Dalam kenyataannya, Encik Al-Jasser memaklumkan bahawa enam lapangan terbang utama telah diperuntukkan untuk menerima ketibaan jemaah haji dari seluruh dunia, termasuk lapangan terbang di Jeddah, Madinah, Yanbu, Taif, Riyadh dan Dammam.

Beliau menjelaskan bahawa penerbangan jemaah akan berterusan sehingga awal Zulhijah dan disokong oleh sistem perkhidmatan bersepadu yang bertujuan memudahkan pergerakan jemaah dari saat ketibaan sehingga keberangkatan pulang.

“Semua langkah ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Arab Saudi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah serta mengukuhkan peranan utama negara ini dalam penjagaan Dua Masjid Suci,” ujar beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg