Timur Tengah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saudi perketat syarat visa transit elektronik, hanya terhad kepada 18 negara

Apr 8, 2025 | 11:25 AM
Saudi Arabian Airlines (Saudia) menyatakan bahawa langkah mengetatkan syarat visa transit elektronik bertujuan memastikan pemohon mempunyai rekod perjalanan yang sah dan mematuhi peraturan visa terkini kerajaan.
Saudi Arabian Airlines (Saudia) menyatakan bahawa langkah mengetatkan syarat visa transit elektronik bertujuan memastikan pemohon mempunyai rekod perjalanan yang sah dan mematuhi peraturan visa terkini kerajaan. - Foto Fail

RIYADH: Kerajaan Arab Saudi telah memperketat syarat kelayakan bagi visa transit elektronik (e-stopover visa) yang kini hanya ditawarkan kepada pengembara dari senarai khusus 18 negara, menurut maklumat rasmi yang diperoleh oleh portal Cairo 24.

Di bawah dasar baru ini, hanya penumpang yang berlepas dari atau menuju ke negara-negara dalam kumpulan “Kumpulan A” — seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Saudi — yang layak memohon visa transit berkenaan.

Senarai 18 negara tersebut ialah: Canada, Amerika Syarikat, Austria, Cyprus, Perancis, Jerman, Greece, Italy, Belanda, Sepanyol, Switzerland, United Kingdom, China (termasuk Hong Kong dan Macau), Malaysia, Maldives, Singapura, Thailand, Turkey, dan Mauritius.

Menurut sumber yang mengetahui perkara ini, kemudahan visa transit tersebut hanya ditawarkan kepada penumpang yang benar-benar mempunyai laluan perjalanan yang melibatkan salah satu daripada negara tersebut.
Selain itu, pengembara mesti memiliki visa sah untuk sekurang-kurangnya satu negara dalam senarai tersebut, dan yang paling penting, visa itu mesti telah digunakan — bermaksud pemohon perlu pernah memasuki negara berkenaan sebelum ini.

“Tujuan utama syarat ini ialah bagi memastikan kredibiliti dan pematuhan terhadap peraturan baharu visa yang ditetapkan kerajaan,” menurut kenyataan rasmi daripada syarikat penerbangan Saudi Arabian Airlines (Saudia).

Visa transit elektronik ini membenarkan pengembara tinggal di Arab Saudi selama maksimum 96 jam, dan sering digunakan oleh mereka yang ingin menunaikan Umrah atau melawat destinasi utama seperti Riyadh, Jeddah atau Madinah semasa transit.

Pihak Saudia menasihatkan semua pengembara untuk merujuk laman web rasmi Visit Saudi bagi mendapatkan maklumat terkini dan syarat lengkap permohonan.
Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha lebih besar kerajaan untuk memodenkan sektor pelancongan dan penerbangan, sambil meningkatkan kawalan keselamatan serta mengatur semula aliran transit antarabangsa di negara itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg