Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tipu restoran $9,000 guna PayNow palsu: Wanita dijel hampir 2 tahun

Nov 13, 2025 | 4:55 PM
Paynow, palsu, restoran
Warga Filipina, Santos-Tumalip Maria Monalyn Bagaporo, 33 tahun, mengaku salah atas empat kesalahan termasuk menipu dan mencuri. - Foto fail

Antara 2022 dengan 2025, seorang wanita membuat pesanan makanan berjumlah lebih $9,000 di dua buah restoran dengan menggunakan tangkap layar PayNow palsu.

Wanita Filipina, Santos-Tumalip Maria Monalyn Bagaporo, 33 tahun, dijatuhi hukuman penjara satu tahun 11 bulan pada 13 November selepas dia mengaku bersalah atas empat pertuduhan, termasuk menipu dan mencuri.

Tiga pertuduhan lagi telah diambil dalam pertimbangan.

Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa Bagaporo mulanya memesan makanan daripada laman web restoran House of Seafood, di Joo Chiat, pada Mei 2022.

Dia memilih PayNow sebagai kaedah pembayaran.

Daripada memindahkan wang ke akaun bank restoran, Bagaporo sebaliknya memindahkannya kepada dirinya sendiri, lapor The Straits Times.

Dia kemudian akan menangkap layar transaksi tersebut dan menggunakan aplikasi penyuntingan foto untuk mengedit bagi menunjukkan bahawa wang telah dihantar ke restoran berkenaan.

Pengurus restoran hanya menyemak tangkapan skrin tersebut untuk mengesahkan bahawa jumlah pembayaran dan tarikh pemindahan sepadan dengan pesanan tersebut, tetapi tidak menyemak rekod bank restoran.

Bagaporo melakukan penipuan itu sebanyak 35 kali antara Mei 2022 dengan Ogos 2023, melibatkan bayaran $3,891.75.

“Dia berbuat demikian kerana dia mahu memesan makanan untuk rakan-rakannya dan menarik perhatian mereka,” kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tan Jing Min kepada mahkamah.

Kesalahannya terbongkar pada 2 September 2023, apabila pengurus restoran menyemak penyata bank perniagaan tersebut.

Antara Jun 2024 dengan Mei 2025, Bagaporo menggunakan helah yang sama untuk membuat 24 pesanan makanan bernilai $6,167.52 di Baci Baci, sebuah restoran Italy di Serangoon Garden.

Pada 2025, Bagaporo turut menipu Johwa Hair & Living, sebuah salun rambut di Capitol Kempinski Hotel, dengan membeli baucar rawatan rambut bernilai $381.50, menerusi tangkap layar PayNow palsu.

Pada 8 Jun, dia melawat salun rambut untuk menebus baucar tersebut dan cuba membeli baucar rawatan rambut kedua tetapi ditolak apabila pengarah salun menyedari tiada pembayaran telah dibuat.

Pada 27 November 2024, Bagaporo juga mencuri 31 barang bernilai $738.76 dari pasar raya Giant di Blok 348, Bedok Road.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg